Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
Entri kali ini, lebih kepada perkongsian hadith-hadith yang berkaitan dengan video lagu 'The Chosen One' oleh Maher Zain.
Moga bermanfaat, dan kita berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan untuk menaladani sunnah Baginda, Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.
Minit 0:32 > Mereka membuang sampah/kotoran di
depan rumah.
“Malah, mereka
akan datang dengan usus yang berlumuran darah
dan membuangnya depan pintu rumah ku…” |al-Tabaqat al-Kubra:Ibn Saad, seperti
yang dipetik dalam al-Jami’ al-Kabir: as-Suyuti|
Dalam riwayat lain, ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam akan mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata dengan kuat, “Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang diberikan ini?” (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah Baginda). Kemudian, beliau akan membuang sampah dari depan pintu itu dan meneruskan perjalanannya. |Subulal-Huda wal-Rashad: Muhammad b Yusuf as-Solihi; ar-Raheeq al-Makhtum: al-Mubarakfuri|
Dalam riwayat lain, ia disebut apabila hal ini berlaku, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam akan mengambil sampah itu dengan sebatang kayu, datang ke luar pintu dan berkata dengan kuat, “Wahai anak-anak Bani Abdul Manaf, apakah jenis perlindungan yang diberikan ini?” (kerana puak beliau telah berjanji untuk melindunginya, tetapi tidak menghalang kedengkian itu bahkan sampai depan pintu rumah Baginda). Kemudian, beliau akan membuang sampah dari depan pintu itu dan meneruskan perjalanannya. |Subulal-Huda wal-Rashad: Muhammad b Yusuf as-Solihi; ar-Raheeq al-Makhtum: al-Mubarakfuri|
Minit 1:08 & 1:27 > Suka bersedekah.
“Wahai para pedagang,
sesungguhnya syaitan dan dosa kedua-duanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah
jual-beli kalian dengan sedekah.” |HR Tirmidzi no. 1208, ia berkata: “Hasan Sohih”|
“Rasulullah Sallallahu Alayhi
Wasallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” |HR Bukhari
no.1033, Muslim no. 2307|
Minit 1:40 > Rutin harian di rumah.
Daripada Saidatina A’isyah Radiyallahu Anha
apabila ditanya apakah yang dibuat oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam
ketika Baginda berada di rumah, dia menjawab: Sesungguhnya dia menjahit
bajunya, membaiki sepatunya, dan membuat kerja seperti lelaki-lelaki lain di
rumah. |Musnad Imam Ahmad: 24947|
Minit 1:45 > Kanak-kanak menunggang di
belakang ketika sujud.
Dari Syaddan Al-Laitsi Radhiyallahuanhu
berkata,"Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam keluar untuk solat di siang
hari entah Zohor atau Asar, sambil menggendong salah satu cucu Baginda, entah
Hassan atau Hussain. Ketika sujud, Baginda melakukannya lama sekali. Lalu aku
mengangkat kepalaku, ternyata ada anak kecil berada di atas punggung Baginda
Sallallahu Alayhi Wasallam. Maka aku kembali sujud. Ketika Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wasallam telah selesai solat, orang-orang bertanya,"Ya Rasulullah,
engkau sujud lama sekali sehingga kami mengira sesuatu telah terjadi atau turun
wahyu". Baginda menjawab,’Semua itu tidak terjadi, tetapi anakku (cucuku)
ini menunggangi aku, dan aku tidak ingin terburu-buru agar dia puas bermain.
|HR Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim|
Minit 2:01 > Membuang bahaya di jalanan.
Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau
berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:
“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari
apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua
orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang
naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah
sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu
bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan Muslim|
Minit 2:08 – 2:15 > Memberi minum kepada binatang.
Daripada Abu Hurairah
Radiyallahu Anh: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam berkata,
“Ketika seorang lelaki telah berjalan, dia berasa haus dan pergi ke bawah perigi dan minum air daripadanya. Apabila dia keluar daripadanya, dia melihat seekor anjing kembang-kempis dan minum lumpur kerana dahaha yang berlebihan. Lelaki itu berkata: Anjing ini mengalami masalah yang sama seperti aku. Jadi dia turun semula ke dalam perigi, mengisi kasutnya dengan air, menangkap dengan giginya dan memanjat lalu memberi minum kepada anjing itu. Allah berterima kasih kepada perbuatan baiknya dan memaafkan beliau. ‘Tanya orang ramai, “Ya Rasulullah! Adakah terdapat pahala bagi kami dalam melayani binatang?” Baginda menjawab, “Ya, ada pahala kerana telah berkhidmat dengan mana-mana makhluk yang bernyawa.”
|HR Bukhari, Hadith # 551 Bab Mengagihkan Air|
Minit 2:17 – 2:21 > Suami Isteri beriadhah.
Daripada A’isyah Radiyallahu
Anha: “Semasa aku bersama Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dalam satu
perjalanan, aku telah berlumba dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan aku
telah mengalahkannya, apabila aku menjadi semakin berisi, aku telah berlumba
(sekali lagi) dengan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dan Baginda telah berjaya
mengalahkanku,” lalu Baginda bersabda: “(kemenangan) ini adalah untuk
(kekalahan) yang dahulu.” |Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah|
Minit 2:26 – 2:33 > Menyaksikan persembahan.
Juga telah diriwayatkan daripada
A’isyah Radiyallahu Anha bahawa Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam pernah
membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan.
Katanya: "Hari itu adalah hari raya di
mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (A’isyah Radiyallahu
Anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk menyaksikannya atau Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wasallam yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun
menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan
dengan pipi Baginda. Baginda berkata: Teruskan wahai Bani Arfidah! Ketika aku
merasa letih, Baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku
menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.”
|HR Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari, hadis no: 950|
Minit 2:55 > Membantu orang dalam kesusahan.
Daripada Abu Hurairah Radiyallahu Anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam telah bersabda:
“Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari
apabila terbit matahari, engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua
orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu
seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah,
setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan
menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” |HR Bukhari dan
Muslim|
Minit 3.12 > Mengasihi kanak-kanak.
Diriwayatkan oleh Usamah ibn Zaid Radiyallahu Anh:
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam meletakkan saya
di (salah satu) pehanya dan meletakkan Al-Hasan ibn `Ali pada peha yang lain,
dan kemudian memeluk kami dan berkata," Ya Allah! Engkau kasihanilah mereka,
kerana aku sangat mengasihani mereka. "|HR Bukhari|
Minit 3:40 – 3:55 > Memberi makanan kepada
jiran.
قال النبي صلى
الله عليه و سلم : يا أبا ذر إذا طبخت مرقة فأكثر ماء المرقة وتعاهد جيرانك أو
اقسم في جيرانك
Nabi
Sallallahu Alayhi Wasallam berkata, “Wahai Abi Zarr! Jika engkau memasak sup,
lebihkanlah airnya (sup) dan penuhilah kewajipan engkau kepada jiran-jiran engkau
atau membahagikannya kepada jiran-jiran engkau.” |Adab al-Mufrad|
Sesungguhnya kami amat mencintaimu wahai Rasulullah.
Allahumma Solli 3ala Muhammad, Wa 3ala Aali Muhammad.
Wallahu A'lam. Wassalam.
Like Sunnah, Share Khair!
Sesungguhnya kami amat mencintaimu wahai Rasulullah.
Allahumma Solli 3ala Muhammad, Wa 3ala Aali Muhammad.
Wallahu A'lam. Wassalam.
Like Sunnah, Share Khair!
Kita jumpa
di sana..
Chempaka, Pandan Indah,
Kuala Lumpur, Malaysia |07 Dzul Qaedaa 1433H|
Chempaka, Pandan Indah,
Kuala Lumpur, Malaysia |07 Dzul Qaedaa 1433H|
No comments:
Post a Comment