السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

07 April 2010

Kita Sebenarnya.....Satu Penilaian

Assalamualaikum...


Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

{As-Syams: 8-10}


^^ Kita sebenarnya.....lebih gembira menyambut 1 Januari berbanding daripada menyambut 1 Muharram.

Kalau dilihat secara ilmiah, beginilah hakikatnya. Kita tertunggu-tunggu dengan kehadiran 1 Januari lebih daripada kehadiran bulan Muharram. Sambutan tahun baru ini juga kadang-kadang dijadikan satu perayaan tahunan yang wajib bagi sesetengah tempat, sampaikan ada yang terpaksa membatalkannya dengan sedih kerana turunnya peringatan dari Allah iaitu Tsunami pada 2006. Kalaulah ditanya pada sahabat kita berapa tarikh islam hari ini, pasti sahaja tercungap-cungap untuk meneka (seperti dia arif dan biasa dengannya).


^^ Kita sebenarnya.....lebih tahu apa itu 14 Februari berbanding tarikh-tarikh kebesaran Islam.


^^ Kita sebenarnya.....lebih membesarkan hari Sabtu & Ahad berbanding penghulu bagi segala hari, iaitu hari Jumaat.


^^ Kita sebenarnya.....lebih khusyuk mendengar lagu-lagu hindustan, korea, dan melayu sekalipun berbanding mendengar azan.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka lepak, tidur, menonton television dan lain-lain berbanding sembahyang dan mengaji.


^^ Kita sebenarnya.....lebih mengetahui tentang artis-artis pujaan kita berbanding perjalanan sirah Nabi-nabi Allah Azza wa Jal.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka menyebut 'hello' dan 'hai' berbanding bersapa dengan kalimah 'Assalamualaikum'.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka bernyanyi lagu dangdut, hiphop, rap dan lain-lain berbanding berwirid dan bertahmid.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka memuja manusia berbanding memuja Allah Subhanahu wa Ta'ala.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka membaca majalah-majalah hiburan berbanding menjiwai buku-buku agama.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka ke konsert dan karaoke berbanding mengatur langkah ke ceramah-ceramah agama.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka memaki dan mengumpat orang daripada memuji kelebihan mereka.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka mencarut @$%^& daripada menyebut 'masyaAllah'.


^^ Kita sebenarnya.....lebih suka akan kemungkaran berbanding membuat kebaikan.


^^ Kita sebenarnya.....lebih berasa bangga dengan kejahilan kita berbanding rasa bersyukur dengan keimanan kita.


^^ Kita sebenarnya.....lebih cintakan dunia berbanding urusan akhirat.

TETAPI....apabila ditanya ke mana arah tuju kita, kita pasti akan menjawab kita lebih suka menuju ke Syurga berbanding Neraka...

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah?



عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم ، قَالَ : يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ عَلَى قَصْعَتِهِمْ قَالَ : قِيلَ : مِنْ قِلَّةٍ ؟ لاَ ، وَلَكِنَّهُ غُثَاءُ السَّيْلِ ، يُجْعَلُ الْوَهَنُ فِي قُلُوبِكُمْ ، وَيُنْزَعُ الرُّعْبُ مِنْ قُلُوبِ عَدُوِّكُمْ ، لَحُبِّكُمُ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَتِكُمْ فِي الْمَوْتِ.       [رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ]


Daripada Tsauban radiyallahuanhu berkata, Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam bersabda:

 “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi Sallahu Alayhi Wassalam menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mencampakkan ke dalam kamu penyakit Wahn. Seorang sahabat bertanya, “Apakah Wahn itu wahai Rasulullah?”. Nabi Muhammad Sallahu Alayhi Wasallam menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [H.R Abu Daud].

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Kita jumpa di sana...


> amin albumbuni

> syari' jamiah, irbid, Jordan.