Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
Apa yang diperhatikan, mereka yang ditimpa musibah
akibat bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan tsunami, kebanyakan mereka
kembali mendekatkan diri kepada Tuhan, mengadu betapa diri mereka banyak
kelemahan, dan memohon daripadaNya segala macam bentuk perlindungan. Berfikir
tentang hikmah, ramai juga manusia tanpa mengira agama, mula meyakini dan
beriman kepada hari Qiyamah, kita doakan mereka semoga Allah
memberi hidayah.
Apa
yang dirisaukan, ramai juga manusia yang berasa terlalu selesa kerana pada
penilaiannya kawasan yang mereka duduki ketika ini bebas daripada bencana alam,
sehingga terlupa ada bencana yang lebih bahaya sedang melanda mereka. Hiburan
yang melampau, politik yang kotor, rasuah yang beleluasa, akhlak yang runtuh,
semuanya tidak lain hanya bencana yang lebih menjauhkan manusia dengan Tuhan
yang menciptanya.
Sungguh,
kalaulah mereka tahu betapa ‘Kun Fayakun’ itu boleh merubah apa sahaja,
masing-masing pasti lebih beringat sebelum terkena.
Moga
rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya.
Bisik
pada diri, di Bumi yang mana kita sedang duduki.
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ
وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي
عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
|Surah Ar-Ruum 30:41|
Wallahu A'lam, Wassalam..
"Kita jumpa di sana"
Chempaka, Pandan Indah,
Kuala Lumpur, Malaysia