Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Azza Wa Jal. Baru-baru ini, 22 Disember 2009, pihak Jabatan Penuntut Jordan (JPM), Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Jordan (MPPMJ) dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah menjayakan program Malaysia Day di Dewan Al-Kindi Universiti Yarmouk, Jordan. Program yang bertemakan "Malaysia Truly Asia" mendapat sambutan hangat daripada warga Irbid terutama mahasiswa-mahasiswi universiti tersebut termasuklah warga Arab, mahasiswa-mahasiswi Jordan University of Science & Technology (JUST) dan tidak lupa juga mahasiswa-mahasiswi yang datang dari Mafraq, Mu'tah dan Amman.
Semua mahasiswa Malaysia dengan semangat negeri masing-masing, berbekalkan 1001 ragam budaya yang ada di Malaysia, mempamerkan adat tradisi, seni binaan, dan seni tarian negeri masing-masing. Johor dengan model kuda kepang dan tarian zapinnya, Kelantan dengan dikirnya, Melaka dengan model tangga rumahnya yang unik, Sarawak dengan rumah panjang kebanggaannya, Pulau Punang dengan model jambatannya, Kedah dengan jenis-jenis beras yang ada, serta pelbagai lagi pameran yang terdapat di booth setiap negeri.
Bagi mahasiswa Malaysia di Jordan yang amat merindui makanan tanah air tercinta, pada waktu inilah masa yang sesuai untuk melepaskan rindu tersebut dengan menikmati sepuasnya juadah yang selama ini hanya pendaman di dalam hati. Terdapat pelbagai jualan makanan yang mana mencirikan 'trademark' negeri masing-masing di gerai-gerai yang disediakan. Warga Arab juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk 'memanaskan' lidah mereka dengan merasai kekayaan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia.
Namun begitu, apa yang membuatkan aku dan rakan-rakanku bertambah ceria dan gembira dengan program ini, amat berkait rapat dengan gambar di bawah, di mana tanpa dirancang telah terbentuknya satu 'mini reunion' generasi ke-8 Sek Men Islam Hidayah (Gener8) yang belajar di Jordan semasa Malaysia Day ini berlangsung, di salah satu koordinat Dewan Al-Kindi yang dirahsiakan, huh. Mini reunion ini secara tidak langsung menyerikan lagi tentatif program kami. Saat inilah yang membawa kepada kemuncak kegembiraan kami...
Syah, Nuh, Azlan, Amin, Siddiq dan Hilal
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara... (Al-Hujurat:10)
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوٌ مِنْهُ ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالْحُمَّى وَالسَّهَرِ
Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin pada belas kasihan mereka, cinta mereka, dan simpati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota mengadu, maka seluruh anggota akan merasai demam dan (berjaga malam). (Muttafaqun Alayh)
Moga ikatan ukhuwah ini terus berkekalan hingga ke akhirnya..
Kita jumpa di sana....
> amin albumbuni.
> Syari' Jamiah, Irbid, Jordan.
3 comments:
nuh the van der roi.besar dut.
pehhh...ni yg jeles ni...tkpe2..jom kumpul gen8 kt mesir...kite tangkap gmbr kt atas cruise tepi sungai nil...hehe...meh la ramai2 dtg mesir..kite buat reunion timur tgh...ajak bidin sekali kt yaman tu..
bez cdgn enta tu jepah..tp ana ingt kite wt reunion taim haji ujung tahun ni la..deal?
Post a Comment