السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

11 February 2009

Antara 'Basyir' (Berita Gembira) dan 'Nazir' (Berita Amaran)

Setiap Rasul diutuskan sebagai pembawa berita gembira (basyir) dan pemberi peringatan (nazir) kepada manusia. Menyampaikan berita gembira kepada mereka yang taat melakukan ibadat dan memberi peringatan dan amaran kepada mereka yang melanggar perintah Allah. Ini jelas diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran Surah Fathir: 24.

إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَإِنْ مِنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran* sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

*Kebenaran yang dimaksudkan di sini adalah agama tauhid dan hukum-hukumnya.

Sebagai perutusan Allah, para Rasul mempunyai kebijaksanaan dalam berdakwah bagi menangani karenah masyarakat pada zaman itu. Mereka bijak menggunakan sama ada pendekatan 'basyir' atau 'nazir' terhadap umat yang mereka seru.

Kepada mereka yang terlalu 'khauf' dan kuat melakukan ibadat kerana takut kepada azab Allah, para Rasul memberikan berita gembira tentang syurga dan keseronokannya. Dengan cara ini, mereka berasa tenang, gembira dan tidak terlalu khauf tentang azab Allah. Para rasul adalah pakar motivasi dan kaunselor yang memberikan ketenangan jiwa kepada umatnya.

Sebaliknya kepada mereka yang ingkar dan kufur kepada Allah, para Rasul memilih pendekatan 'nazir' iaitu menyampaikan berita seksa dan pembalasan azab yang amat sangat di neraka. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan betapa pedihnya azab Allah jika amalan itu diteruskan. Akibatnya mereka akan bertaubat dan mula mentaati Allah.

Sungguhpun begitu adakalanya Rasul menggunakan kombinasi 'basyir' dan 'nazir' bergantung kepada keadaan orang yang didakwah.

Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh para rasul ketika berdakwah. Mereka yang terlalu 'khauf' digembirakan dengan berita syurga dan yang terlalu 'ingkar' diancam dengan berita neraka. Begitu juga tentang hukuman bagi pesalah dirujuk pada Al-Quran tanpa memilih kasih. Masyarakat sekarang dilanda pelbagai penyakit sosial.

Mereka perlu diberi rawatan dengan resepi perubatan yang mujarrab sesuai dengan penyakit yang dihadapinya. Kenapa penyakit masyarakat semakin menjadi walaupun pelbagai pendidikan dan program telah diperkenalkan. Jawapannya mungkin adalah kerana penyakit lain ubat yang diberi pula lain. Secara tegasnya, lain sakit lain pula ubatnya. Untuk mengubati penyakit, kita perlu mengetahui puncanya. Punca penyakit masyarakat masa kini ialah hilangnya perasaan khauf dan meluasnya perasaan buasnya di dalam jiwa.

Berdasarkan huraian di atas, penyampaian bagaimanakah agaknya yang sesuai untuk golongan tersebut? Mungkin agak tepat untuk mengatakan jawapannya adalah dengan memberikan ancaman dan amaran tentang balasan dan azab yang bakal diterima di neraka. Pendekatan 'basyir' mungkin tidak sesuai bagi mereka pada masa kini.

Dalam Islam tiada kompromi tentang hukuman dan hudud. Hukum-hakam dalam Islam tidak berubah walaupun masa telah berubah. Hukuman berzina, mencuri misalnya tetap sama seperti hukuman yang dikenakan semasa zaman Nabi. Agama Islam telah lengkap dan tak perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Demikian besarnya peranan yang perlu dimainkan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing dewasa ini.

Bahkan itu, seorang yang bernama da’ie haruslah menyampaikan dakwahnya secara hikmah dan bijaksana sejajar dengan firman ‘Azza wa Jal dalam surah An-Nahl ayat 125 :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Maksudnya : Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah* dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

*Hikmah di dalam ayat tersebut memberi maksud perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.

Oleh itu, ayuhlah berfikir sejenak, adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dan adakah kita telah menelusuri hadith rasulullah Sallahu alaihi wasallam yang berbunyi :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Sesiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya (perkataan). Sekiranya dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya (mempunyai perasaan yang amat benci dengan perbuatan itu). Dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim)

Adakah kita lupa bahawa hukuman atau balasan Allah Rabbul ‘Alameen bukan sahaja menimpa mereka yang membuat maksiat, tetapi juga kepada mereka yang tidak menghalang kemungkaran daripada berlaku bahkan lebih memilukan ia membiarkannya sahaja tanpa ada perasaan benci terhadap perbuatan melanggar perintah Allah Jalla wa ‘Ala.

Teringat saya pada semester 3 yang lepas, Alhamdulillah sempat juga saya belajar bersama Dr Majed bab At-Targhib Wa At-Tarhib dalam mata pelajaran Fiqh Ad-dakwah. Dalam bab ini juga menerangkan uslub dakwah kita kepada orang ramai, hendaklah mempunyai kesinambungan antara kedua-dua aspek ini, hal ini dinyatakan kerana setiap jiwa-jiwa manusia ini berlainan jenisnya, berlainan karenahnya. Oleh itu, dari sudut penerimaan dakwah juga perlukan kekreatifan da’ie dalam menyampaikan agama suci ini. Allah ada berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 90 :

وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ

Maksudnya : dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas*. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami.

*cemas memberi erti mengharap agar dikabulkan Allah doanya dan khawatir akan azabnya.

Dalam kupasan tajuk At-Targhib Wa at-Tarhib buku fiqh ad-dakwah karangan Dr Bassam ‘Amoush ini, ada dinyatakan kitab-kitab yang berkaitan dengan bab ini seperti buku At-Targhib Wa At-Tarhib oleh Munziri, Isbat Azab Qubur oleh Baihaqi, Hadi Al-Arwah oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. (boleh rujuk buku ms86 & 87)

Teman-Teman,

Dengan artikel yang serba ringkas ini, diharap dapat menambahkan sedikit kesedaran dalam diri kita ini walaupun sedikit. Maaf di atas ketidakpunyaan masa untuk mengemaskini blog ini. Kami Peduli Umat!

Wallahu A’lam, wassalam.


~ amin albumbuni

~ Kuantan

~ 16 Safar 1430H



30 January 2009

Ikhtilaf Itu Satu Keluasan

oleh : amin al-bumbuni

Ikhtilaf, berbeza atau tidak sama merupakan sunnah alam. Manusia adalah sebahagian daripada alam. Oleh itu ikhtilaf adalah menjadi sifat manusia. Ikhtilaf atau tidak sama ini, atau kadang-kadang bertentangan, sebenarnya menatijahkan maslahat kepada manusia. Pertentangan positif dan negatif dalam arus elektrik menghasilkan pembakaran, pemanasan, atau pendinginan. Begitulah yang lain. Semuanya menjana maslahat kepada manusia. Ikhtilaf manusia dalam hukum fiqh juga membawa maslahat.

Sejarah menunjukkan para sahabat radiyallahu anhum juga berikhtilaf dalam melaksanakan perintah Rasulullah Sallahu alaihi wasallam. Arahan Baginda Sallahu alaihi wasallam supaya menunaikan solat Asar di Bani Quraizah telah ditafsirkan sahabat dengan dua penafsiran. 

لا يصلين أحد العصر إلا في بني قريظة

Maksudnya : Tidak menunaikan seseorang itu solat Asar kecuali di Bani Quraizah. [1]

Ada yang berpendapat ia arahan yang tidak boleh diingkari dalam apa jua sekalipun, oleh itu bila waktu Asar masuk sebelum sampai di Bani Quraizah mereka tidak solat. Yang lain pula menafsirkan arahan itu bertujuan supaya mereka berjalan cepat agar sampai di Bani Quraizah pada waktu Asar atau sebelumnya. Oleh kerana waktu Asar masuk sebelum mereka sampai di Bani Quraizah mereka menunaikan solat Asar tersebut, tidak seperti kumpulan pertama.

Banyak lagi perkara-perkara yang menjadi ikhtilaf sahabat. Ikhtilaf ini tidak menyebabkan perkara yang negatif. Jika sahabat pada waktu itu pun sudah terdapat ikhtilaf, apatah lagi kita yang hidup pada waktu ini. Sebab itu Umar bin Abdul Aziz mengatakan beliau tidak gembira jika para sahabat tidak khilaf [2], sebab jika mereka tiada khilaf kemungkinan ada keadaan yang memaksa kita tidak mengikut pendapat mereka, ini akan membuatkan kita berdosa. Tetapi jika mereka ikhtilaf, dan kita memilih mana-mana pendapat mereka beerti kita mempunyai sahabat Rasulullah sallahu alaihi wasallam yang menjadi ikutan.

Setiap mujtahid akan merujuk pendapatnya atau ijtihadnya kepada nas syarak atau athar sahabat atau kepada maslahat yang bertunjangkan semangat syariat. Jika kita menerima mana-mana pendapat mujtahid beerti kita telah merujukkan pegangan kita kepada nas-nas tersebut. Ikhtilaf pendapat ini merupakan satu keluasan dalam agama islam itu sendiri. Setiap individu punyai kelapangan untuk memilih mana-mana pendapat yang menjana maslahat kepada diri atau masyarakatnya.

Ikhtilaf menjadi rahmat kerana ijtihad yang dibuat oleh semua pihak yang layak berijtihad adalah diiktiraf oleh Allah Azza wa Jal. Jika tepat ia peroleh dua pahala, jika tersalah ia akan peroleh satu pahala. Orang awam pula bebas untuk memilih mana-mana pendapat tersebut yang diyakini atau dikira dapat menjana maslahat.

Sabda Baginda Sallahu alaihi wasallam :

إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

Maksudnya : Sekiranya seseorang hakim ingin menghukumkan sesuatu, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua ganjaran. Dan sekiranya dia ingin menghukum sesuatu maka dia berijtihad dan ijtihadnya salah, maka baginya satu ganjaran. [3]

Hakikat ikhtilaf jika disusun atur dengan baik dan sempurna akan menjana keindahan. Ia bukan suatu isu yang buruk dan negatif, kecuali ikhtilaf yang tidak disusun. Oleh itu, ikhtilaf ulamak sebenarnya merupakan satu keindahan dalam agama Islam. Bukan buruk dan hodoh.

Kenapa ta’sub?

Kenapa kita ta’sub kepada pendapat seseorang sahaja sedangkan semua ijtihad ulamak ini diterima Allah Subhanahu wa Taala. Kalau difikir sekali imbas sikap ta’sub kepada mana-mana imam mazhab contohnya, bukankah hal ini seolah-olah menunjukkan imam tertentu lebih bijak daripada Allah. Kenapa tidak, bukankah Allah telah menerima semua ijtihad mereka yang layak berijtihad, malah memberi satu pahala jika tersalah. Kenapa kita menolak yang Allah terima? Lebih bijakkah kita?

Dalam Islam, musyarri’e (مشرّع ) atau Al-Sultah al-Tasyri’iyah (السلطة التشريعية ) ( Kuasa Lagislatif ) ialah Allah Jalla Wa ‘Ala.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala pernah befirman :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Maksudnya : Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. [4]

Ingkar atau menolak hukum hasil ijtihad mujtahid bukanlah merupakan satu dosa atau kesalahan. Hanya ingkar kepada hukum Allah dikira maksiat dan bersalah. Oleh itu sifat ta’sub kepada pendapat mujtahid tertentu dan memaksakan pendapat itu ke atas orang lain seolah-olah menjadikan mujtahid itu sebagai musyarri’e. Hanya pendapatnya yang mesti diterima. Hal ini tidak sepatutnya berlaku.

Selagi pintu ijtihad dibuka kepada mujtahid, ikhtilaf pasti akan berlaku. Ia merupakan perkara tabi’e, keluasan, dan rahmat Allah.

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya : dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. [5]

Akhir kalam, semoga artikel ini dapat membuka minda kita sehingga kita dapat merasai nikmat-nikmat ibadah dan amalan yang kita lakukan. Sebelum itu ingatlah wahai teman-teman, kita bukanlah hendak permudahkan Islam, tetapi kita hendak kembali kepada agama Islam yang mudah itu…..

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya : Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. [6]

Sabda Rasulullah Sallahu alaihi wasallam :

(يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا) 

Maksudnya : Permudahkanlah, dan janganlah kamu susahkan. [7]


islam Pictures, Images and Photos

Sekian, Wallahu ‘alam, Wassalam.

Kita jumpa di sana!

 amin al-bumbuni
 4 Safar 1430H
 Segamat


________________________________

1. Soheh Bukhari Kitab Peperangan, Bab Kepulangan Nabi dari Perang Ahzab (3810)

2. Al-Qardhawi : (al-Sahwah al-Islamiyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum, Terj Pustaka Salam )

3. Hadith Amru bin Al-‘As, dikeluarkan oleh Bukhari (6805), Muslim (3240).

4. Surah Al-Ahzab : 36

5. Surah Al-Hajj : 78

6. Surah Al-Baqarah : 185

7. Muttafaqun Alaihi daripada Anas bin Malik Radiyallahu anh



26 January 2009

Solat Sunat Gerhana..Sanggupkah mengabaikannya?

oleh : amin al-bumbuni

   Sebaik sahaja selesai memberi salam kedua solat sunat ba’diyah isyak semalam, kedua-dua mata ini tertarik kepada papan kenyataan dalam tulisan jawi :

__________________________________________________ 
فرهاتين, فد هاري إثنين 26 جانواري, فوكول 5.30 فتغ, سوراو اين اكن مغاداكن صلاة سنة كرهان ماتهاري سجارا برجماعه. دهارف سموا فارا جماعه سيلا داتغ براماي2 برصلاة عصر دسوراو اين فد هاري ترسبوت دان سلفس صلاة عصر, إمام اكن ممبري تعليمات بركناءن جارا2 صلاة سنة كرهان ايت. سكيان هارف معلوم 

“Perhatian, pada hari Isnin 26 Januari, pukul 5.30 petang, surau ini akan mengadakan solat sunat gerhana matahari secara berjemaah. Diharap semua para jemaah sila datang beramai-ramai bersolat asar di surau ini pada hari tersebut dan selepas solat asar, imam akan memberi taklimat berkenaan cara-cara solat sunat gerhana itu. Sekian harap maklum."
_____________________________________________________

Begitulah catatan yang termaktub pada papan kenyataan surau. Sedar tak sedar, rupa-rupanya dunia kita ini akan melihat satu fenomena gerhana matahari pada hari ini (hari saya post artikel ini ) bi masyiatillah. Bercakap tentang gerhana matahari ini, apa sebenarnya ia? Bagaimana ia boleh berlaku?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. 

  

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai'corona'. 

Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta. 

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. 


http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari 

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Irbid Jordan mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Muharram 1430, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku di Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana. 


Dalil Pensyariatan 
Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil daripada :

(1) Firman Allah Jalla Wa ‘Ala ;


لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”. [1]


   

(2) Sabda Baginda sallahu alaihi wasallam ;


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ، يُخَوِّفُ اللهُ بِهِمَا عِبَادَهُ، وَإِنَّهُمَا لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنَ النَّاسِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئاً فَصَلُّوا وَادْعُوا اللهَ، حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ 

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah menakutkan dengan keduanya akan hamba-hambaNya. Kedua-duanya tidak menjadi gerhana dengan sebab kematian seorang dari manusia. Oleh demikian, apabila kamu melihat sesuatu darinya (yakni menyaksikan sesuatu terjadi pada matahari atau bulan itu), maka hendaklah kamu tunaikan solat dan berdoa kepada Allah sehingga habis gerhana itu”.[2] 
   
Tata-cara solat Sunat Gerhana

1. Tiada Azan atau Iqomat.


Hujahnya: Para ulama telah bersepakat untuk tidak mengumandangkan azan dan iqomah bagi solat gerhana [3]. Apa yang disunnahkan[4] ialah dengan bersuara kuat menyeru dengan seruan " Ash-Shalaatu Jaami'ah". Yang menjadi dalil bagi hal tersebut adalah apa yang ditegaskan dari Abdullah bin Amr ,dia berkata : "Ketika terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullahs.a.w diserukan : Innash Shalaata Jaami'ah" Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani.[5] 

2. Jumlah Rakaat adalah dua.

Solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Ada dua kali sujud dan dua kali ruku’ pada setiap rakaat. Jadinya ada empat sujud dan empat ruku’ bagi solat sunat gerhana dua rakaat ini.


Cara: Semasa rakaat pertama selepas selesai membaca surah al-fatihah dan apa-apa surah dari Quran berdiri lama seketika sebelum ruku’, kemudian barulah ruku’. Bacaan semasa ruku' macam biasa, semasa ruku ini juga perlu ruku’ dengan lama. Kemudian berdiri semula, dan baca al-Fatihah lagi dan apa-apa surah dari Quran (yang sunnahnya jika pada berdiri pertama itu membaca surah yang panjang, dan berdiri yang kedua itu dibaca surah yang pendek sedikit dari yang pertama). Berdiri yang kedua ini tidak lama seperti berdirinya yang pertama, kemudian ruku’, dan ruku’ ini juga tidak lama seperti lamanya ruku’ pertama tadi. Bacaan tetap seperti biasa yang dibaca semasa solat fardhu.

Kemudian sujud seperti biasa iaitu dua kali sujud, cumanya disunnahkan memanjangkan sujud pertama dari sujud kedua. Setelah sujud, kemudian naik seperti mana rakaat pertama. Dan ulang kembali sepertimana yang dilakukan semasa rakaat pertama. Sehingga selesai solat sunat Gerhana. 


Dalilnya: 

Hadith dari Ibnu Abbas, dia berkata: 
"Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka baginda pun berdiri dengan waktu yang panjang sepanjang bacaan surah Al-Baqarah. Kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang cukup panjang, lalu beliau bangkit dan berdiri dalam waktu yang lama juga (tetapi lebih pendek dari berdiri pertama). Kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang lama (ruku’ yang lebih pendek dari’ ruku pertama).

Setelah itu, beliau sujud. Kemudian beliau berdiri dalam waktu yang lama (tetapi lebih pendek dari berdiri pertama). Seterusnya, beliau ruku dengan ruku yang lama ( ruku yang lebih pendek dari ruku pertama). Setelah itu, beliau sujud. Kemudian beliau berpusing, sedang matahari telah muncul. Maka beliau bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh karena itu, jika kalian melihat hal tersebut, maka berdzikirlah kepada Allah"

Shalat Pictures, Images and Photosdoa Pictures, Images and Photos


Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, kami melihatmu mengambil sesuatu di tempat berdirimu, kemudian kami melihatmu mundur ke belakang". Beliau bersabda. "Ertinya : Sesungguhnya aku melihat Syurga, maka aku berusaha mengambil setandan (buah-buahan). Seandainya aku berhasil meraihnya, niscaya kalian akan dapat memakannya selama dunia ini masih ada. Dan aku juga melihat Neraka, aku sama sekali tidak pernah melihat pemandangan yang lebih menyeramkan dari pemandangan hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita". 

Para sahabat bertanya, "Kerana apa, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kerana kekufuran mereka". Ada yang bertanya "Apakah mereka kufur kepada Allah?". Beliau menjawab. "Ertinya : Mereka kufur kepada keluarganya (suaminya), dan kufur terhadap kebaikan (tidak berterima kasih). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka sepanjang waktu, lalu dia melihat sesuatu (kesalahan) darimu, niscaya dia akan mengatakan : "Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu"
[6]

3. Mengeraskan suara (jahar) semasa solat sunat Gerhana.

Dalilnya: Dari Aisyah ra: Nabi s.a.w menjaharkan(mengeraskan) bacaannya dalam solat Gerhana. Jika selesai dari bacaannya, beliau pun bertakbir dan ruku’. Dan jika dia bangkit ruku’, maka beliau berucap : "Sami Allaahu liman Hamidah. Rabbana lakal hamdu". Kemudian beliau kembali mengulang bacaan dalam solat gerhana. Empat ruku dalam dua rakaat dan empat sujud."
[7]

Namun begitu, bagi solat gerhana bulan, bacaan al-Quran di dalamnya sunat diperdengarkan dan bagi solat gerhana matahari, sunat diperlahankan bacaan sebagaimana solat-solat fardhu di waktu siang.
 


4. Solat Sunat Gerhana ini dilakukan secara Jamaah di Masjid 

Dalilnya: sebuah riwayat hadith dari Aisyah, dia berkata, "Pada masa hidup Rasulullah pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian beliau berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau.
[8] 
Solat sunat gerhana harus dilakukan bersendirian, namun disunatkan agar dilakukan secara berjamaah. Sunat mengajak orang ramai untuk melakukannya dengan melaungkan “
الصلاة جامعة” (Marilah tunaikan solat secara berjamaah).

5. Menyampaikan khutbah

Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah). 

Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. 

Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).

   
> wallahu a'lam
> amin albumbuni
> 29 Muharram 1430H
> Segamat


--------------------------------------------- 
[1] Surah Fussilat, ayat 37

[2] Dikeluarkan oleh Muslim, bab zikr An-nida bi solatil khusuf Assolatu Jami’atun. (1516)

[3] Fathul Baari (II/533) dan Masuu'atul Ijmaa (I/696)

[4] Syarhul Umdah, karya Ibnu Daqiqil Ied (II/135-136). Dan juga kitab Fathul Baari (II/533).

[5] Hadith sahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab An-Nidaa bis Shalaati Jaami'ah fil Kusuuf (hadits no. 1045). Dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Dzikrun Nidaa bi Shalaatil Kusuuf : Ash-Shalaatu Jaami'ah, (hadith no. 910). Lihat Jaami'ul Ushuul (VI/178)

[6] Hadith sahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatil Kusuuf Jama'atan, (hadits no. 1052), dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Maa 'Aradha Alan Nabi صلی الله عليه وسلم fii Shalaatil Kusuuf min Amril Jannah wan Naar, (hadits no. 907). Dan lihat kitab. Jaami'ul Ushuul (VI/173).

[7] Hadith sahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat, di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Al-Jahr bil Qiraa'ah fil Kusuuf, (hadits no. 1065) dan lafaz diatas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf, (hadits no. 901). Lihat Jaami'ul Ushuul (VI/156). Takhrij hadith ini telah diberikan sebelumnya, tanpa memberi isyarat kepada riwayat ini.

[8] Al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya : Bab : Shalatul Kusuuf fil Masjid. Di dalamnya disebutkan hadith Aisyah رضي الله عنها di atas dengan riwayat yang didalamnya terdapat ucapannya : "Kemudian pada suatu pagi Rasulullah صلی الله عليه وسلم menaiki kendaraan, lalu terjadilah gerhana matahari. Kemudian beliau pulang kembali pada waktu Dhuha, maka beliau pun berjalan di antara rumah-rumah isteri beliau . (hadith no. 1056). 





24 January 2009

Kalaulah Aku Pelajar YP....

oleh : amin albumbuni



Kalaulah aku pelajar YP,
pasti aku tidak perlu bersusah-payah seperti sekarang,
pasti aku gembira melihat orang tuaku gembira,
tidak termaktub dalam dalam jadual hariannya,
untuk membelek setiap helaian akhbar.

Kalaulah aku pelajar YP,
pasti orang tuaku menyuruhku,
memberi sepenuh fokus kepada muqarrar,
tidak perlukan kekerapan pulang ke rumah,
untuk urusan ini.

Kalaulah aku pelajar YP,
sekurang-kurangnya pasti aku dapat penuhi,
sedikit keinginan diriku untuk memiliki,
sejumlah buku yang menarik di kedai-kedai,
persis rakan-rakanku yang lain,
buku-bukunya tersusun rapat pada raknya,tiada ruang.

Kalaulah aku pelajar YP,
pasti orang tuaku tidak perlu mencapai kacamatanya,
membaca surat-surat, mencongak penyata-penyata,
mungkin juga menjimatkan minyak motor posmen,
tidak perlu membuat u-turn, singgah ke rumahku,
dengan kekerapan yang tinggi.

Kalaulah aku pelajar YP,
pasti sasaranku tinggi,
berlari mengejar kelebihannya,
bukan melihat sahaja peluang ini,
pergi begitu sahaja,
malah ia mencari kita kemudian,
dengan daftar kata yang berlainan.
.................................
>artikel ini tiada kena-mengena antara hidup dan mati
>hanya sekadar cubaan menjana ayat
amin al-bumbuni
27 Muharram 1430H
Segamat


20 January 2009

Isu Palestin : Ayuh Berdoa dan Berqunut Nazilah!

oleh : amin al-bumbuni
Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim...
.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ
عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ-1

Maksudnya : Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(2) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

Tahun 2009 dan tahun 1430H pada kali ini membuka tirainya dengan penuh dramatik apabila rejim zionis dengan tiada belas kasihannya menggempur Gaza seperti binatang yang sedang kelaparan. Yahudi laknatullah terus-menerus membedil Palestin tanpa menghiraukan penunjuk-penunjuk perasaan di seluruh dunia, arahan-arahan kuasa besar malah PBB sendiri, tempat-tempat awam bahkan masjid kita umat Islam juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran bom mereka dan lain-lain.

Kita sebagai umat islam bukan sahaja menghadapi masalah seperti ini pada hari ini, bahkan sudah lama kita menghadapi masalah yang sangat besar ini dari dahulu lagi sehingga ia berlanjutan ke hari ini, masalah yang tidak akan selesai sekiranya tiada perubahan efisyen dilakukan oleh umat Islam. Setiap hari darah yang ditumpahkan ialah darah umat islam sendiri.
palestin 3 Pictures, Images and Photos

Bom-bom dan peluru-peluru zionis tidak pernah mengenali siapakah mereka golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang-orang awam, tempat kediaman dan tempat ibadat. Golongan-golongan ini setiap hari dibunuh dengan kejam dan zalim. Apakah dosa-dosa mereka? Siapakah yang lebih berhak menduduki Palestin?

Tidak berminat untuk mengulas lebih panjang, cuma diri yang serba kerdil ini ingin sekali mengajak teman-teman berqunut nazilah pada setiap solat kita. Mungkin bagi sesetengah orang amat berat bagi dirinya untuk memboikot produk-produk AS dan Israel kerana sudah berpengalaman menggunakannya dalam kehidupan seharian. Tetapi pada masa kini, ramai ulamak telah memberi kata WAJIB untuk memboikot barangan tersebut. Apa yang hendak ditekankan di sini adalah sekurang-kurangnya kita wajib berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin di sana. Ayuh kita berqunut nazilah dalam setiap solat kita.

Sepatutnya kita sudah pun lama beramal qunut nazilah ini. Maka oleh kerana kita ketinggalan, ayuh kita hidupkan semula sunnah ini. Lebih-lebih lagi kita rakyat Malaysia, dah la kita tidak dapat buat apa-apa maka marilah kita lakukan qunut nazilah, qunut yang dibaca apabila kita mghadapi bala’, serangan musuh, kejahatan, kekejaman. Nabi Sallahu alaihi Wasallam pernah melakukan qunut ini selama sebulan. Nabi berdoa agar Allah Subhanahu Wa Taala mengambil tindakan ke atas Ri’il, Zakwan dan 'Usaiyyah. Mereka ada perjanjian dengan Nabi Sallahu alaihi Wasallam. Maka Nabi Sallahu alaihi Wasallam pun menghantar utusan kepada mereka (ada pendapat mengatakan 40 orang dan ada juga yang mengatakan 70 orang, dan mereka adalah dari kalangan Qurro’).Lalu mereka khianat dan membunuh utusan Nabi Sallahu alaihi Wasallam. Nabi Sallahu alaihi Wasallam marah dengan peristiwa itu lalu berdoa meminta Allah Azza Wa Jal mengambil tindakan terhadap mereka.

Di sini saya sertakan antara matan hadith (bahasa Arab) yang berkenaan dengan agenda artikel ini. Antaranya ialah :

حديث أَنَسٍ عَنْ عَاصِمٍ، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسًا رضي الله عنه، عَنِ الْقُنُوتِ، قَالَ: قَبْلَ الرُّكُوعِ فَقُلْتُ: إِنَّ فُلاَنًا يَزْعُمُ أَنَّكَ قُلْتَ بَعْدَ الرُّكُوعِ فقال: كَذَبَ؛ ثُمَّ حَدَّثَنَا عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، أَنَّهُ قَنَتَ شَهْرًا بَعْدَ الرُّكُوعِ يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ قَالَ: بَعَثَ أَرْبَعِينَ أَوْ سَبْعِينَ (يَشُكُّ فِيهِ) مِنَ الْقُرَّاءِ إِلى أَنَاسٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ، فَعَرَضَ لَهُمْ هؤُلاَءِ، فَقَتَلُوهُمْ؛ وَكَانَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَهْدٌ، فَمَا رَأَيْتُهُ وَجَدَ عَلَى أَحَدٍ مَا وَجَدَ عَلَيْهِمْ-3


وقال شعبة عن قتادة عن أنس أن النبي صلى الله عليه وسلم قنت شهرا يلعن رعلا وذكوان ولحيان لعن المنافقين في القنوت

حديث أَنَسٍ رضي الله عنه، قَالَ: بَعَثَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سَرِيَّةً يُقَالُ لَهُمُ الْقُرَّاءُ، فَأُصِيبُوا، فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ مَا وَجَدَ عَلَيْهِمْ، فَقَنَتَ شَهْرًا فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ، وَيَقُولُ: إِنَّ عُصَيَّةَ عَصَوُا اللهَ وَرَسُولَه-4


Apabila Nabi Sallahu alaihi Wasallam mahu berdoa agar Allah Azza Wa Jal mengambil tindakan tehadap seseorang, atau meminta Allah memberi pertolongan kepada seseorang, maka Nabi Sallahu alaihi Wasallam akan berqunut selepas rukuk pada rakaat akhir.

Maka ayuh wahai teman-teman, marilah berqunut nazilah, berdoa meminta Allah Subhanahu Wa Taala mengambil tindakan kepada kuasa-kuasa besar yang zalim ini.


Doa Qunut Nazilah

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم
وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباَ
مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ
إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Ameen…!
  • Banyak lagi doa-doa yang ma'thur di mana kita boleh amalkannya ketika qunut, tidak semestinya doa di atas sahaja. Sekurang-kurangnya boleh juga sekadar berdoa :



اللهم انصر الإسلام والمسلمين والمجاهدين في كل مكان وكل زمان



Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal....

> sekian untuk kali ini.
> kita jumpa di sana, insya-Allah
> wassalam

amin al-bumbuni
23 Muharram 1430H
-segamat

------------------------------------------------------------------
1. Surah Al-Ghaafir : 60
2. Yang dimaksud dengan menyembah-Ku di sini ialah berdoa kepada-Ku.
3. Dikeluarkan oleh Bukhari, Kitab Jizyah, Bab Doa Imam ke atas orang yang mengingkari janji.
4. Dikeluarkan oleh Bukhari, Kitab Doa, Bab Doa ke atas kaum musyrikin.


31 December 2008

Tolong Agama Allah, nantikan ganjaran dari-Nya

Lanjutan daripada artikel saya sebelum ini yang bertajuk ‘lucutkan ketidakmanfaatan’,ingin saya memanjangkan sedikit perenggan atau menambah sedikit perisa supaya lebih jelas tujuan kita dalam menilai sesuatu pilihan dalam masa yang singkat. Merenung artikel saya yang lepas, of course kita mesti memilih satu pilihan di mana ia memberi manfaat sama ada untuk diri kita, atau diri orang lain, atau lebih baik kedua-duanya.

Dalam kehidupan seharian kita, sudah tentu ada suatu ketika di mana kita perlu membuat satu keputusan atau memilih satu daripada banyak pilihan yang telah berkumpul dalam otak kita. Kalau dalam istilah ekonominya, sudah tentu kita mempunyai tradeoff atau opportunity cost yang mana perlu kita lupakan untuk mendapatkan sesuatu ( if I not mistaken ). Persoalannya di sini, adakah kita sebagai manusia yang terbatas fikrahnya, akan membuat sebaik-baik keputusan, dan adakah ianya sudah memenuhi kehendak kita dan orang lain juga?

foot step Pictures, Images and Photos


Dalam masa yang sama juga, kadangkala kita ditekan dengan masa yang tidak akan menunggu kita untuk membuat sebaik-baik pilihan. Sebagai contoh saya berikan di sini ialah seorang pengadil bagi satu perlawanan bola sepak. Apabila seorang pemain dijatuhkan di dalam kotak penalti, bermacam-macam andaian yang dibuat oleh orang ramai terhadap kata putus yang akan diberikan oleh pengadil tersebut. Lebih-lebih lagi pengadil itu perlu memberikan keputusan dalam masa kurang 3 saat. Tidak ada masa untuk melihat rakaman ulangan, tidak ada masa untuk membuat undian majoriti daripada penonton, dan tidak ada masa untuk membuat talian hayat kepada kita (rakyat Malaysia) yang juga sedang menontonnya.Dan adakah keputusannya memuaskan hati orang ramai? Hanya sekadar contoh.

the ref Pictures, Images and Photos


Aduh susah sekali untuk kita membuat keputusan. Tetapi apabila perkara itu telah jelas kepada kita sama ada ia membawa manfaat atau mudarat (versus), jangan pula kita memanjangkan tempoh untuk memikirkannya.

Teman-teman & sahabat-sahabat,

Sebagai penuntut ilmu, sebagai seorang yang mencintai agamanya, sebagai seorang yang adil terhadap imu, perlu kita ingat, walau apa sekali pun tindakan kita, walau pun kita rasa amat berat dengan pilihan kita, di situ mesti ada iringan yang memandu kita dengan firman Allah Jalla wa ‘Ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Maksudnya : Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(1)

Justeru, apabila segala perbuatan kita diungguli dengan firman ini, maka sebelum bertindak sesuatu hendaklah kita memikirkan adakah perbuatan itu membantu agama Allah. Adakah ia menjaga nama Islam. Adakah ia tidak sedikit pun akan menimbulkan kecacatan dalam agama. Natijahnya fikir-fikirkanlah.


Ayat ini bolehlah dijadikan satu manual atau panduan dalam diri kita sebagai contoh dalam membuat sesuatu pilihan. Walau pun pilihan-pilihan tersebut tidak jauh perbezaannya. Maka fikirkanlah yang lebih afdal kepada kita, dan orang-orang lain.

Dalam hidup kita pasti akan diuji. Maka perlukah kita berputus asa dengan ujian itu tanpa usaha. Ingat wahai teman-teman, selagi mana kita berada di landasan yang benar, pasti Allah akan membantu kita. Allah hanya mahu menguji kesabaran dan ketabahan kita. Lebih-lebih lagi ujian itu pada kiraannya kita pasti dapat menghadapinya kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya sejajar dengan firman Allah :

لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.(2)

Janganlah rasa begitu kecewa dengan ujian yang terus-menerus melanda kita sehingga sampai suatu ketka dalam keadaan yang separa sedar kita telah bersangka yang kurang enak terhadap Pencipta kita. Lihat kepada ayat al-quran yang berbunyi :


لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
Maksudnya : "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita."(3)

Secara kesimpulannya daripada artikel ini, apa jua keputusan yang kita buat, perlu dinilai dari segi kemanfaatannya kepada diri sendiri dan orang lain, dan sebagai seorang yang menyayangi perjuangan Rasulullah Sallahu alaihi wasallam, ingatlah setiap perbuatan kita,setiap pilihan kita yang membantu agama Allah, maka sebagai ganjarannya Allah akan membantu urusan kita.


Janganlah terlalu bersedih dan berputus asa terhadap ujian yang dihadapi. Ingatlah bahawa Allah ada bersama kita, Allah bersama orang-orang yang membantu agama-Nya. Moga kita tergolong dalam golongan itu bi masyiatillah.

Wallahu A’lam.

~kita jumpa di sana

---------------------------------------------------------------

1. Surah Muhammad : 7
2. Surah Al-Baqarah : 286
3. Surah At-Taubah : 40


29 December 2008

Sang Murabbi...Mesti tonton!

oleh : amin al-bumbuni

Filem Sang Murabbi ini mengisahkan perjalanan seorang aktivis dakwah & tarbiyah, Ustaz Rahmat Abdullah yang gigih menjalankan kerja-kerja islah demi memperjuangkan kemurniaan agama Islam di negara seberang, Indonesia. Dakwahnya juga telah memberi kesan kepada orang ramai terutamanya dengan kelembutan dan kesopanan kata-kata yang digunakan dalam menyampaikan risalahnya. Ditambah lagi dengan akhlaknya yang baik.

Ingatlah wahai teman-teman, apabila niat kita baik untuk menegakkan agama Allah, maka nantikan sahaja kesannya. Perlu kita ingat di sini, bahawa segala-gala usaha islah kita perlu diserah kepada Allah. Allah sahajalah yang dapat memberi hidayah-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Segalanya datang daripada Allah. Dalam firman-Nya ada disebut :

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.(1)

Trailer Sang Murabbi

Namun begitu, masing-masing kita mempunyai ujian yang berbeza-beza daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala mengikut kemampuan diri masing-masing. Dalam marhalah yang dibawa oleh ustaz Rahmat ini juga ada ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya. Kehilangan aktivis dakwah ini amat dirasai oleh orang ramai. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang besar atas dakwahnya ini. Moga usaha dakwah seperti ini dapat diteruskan tanpa terhenti walau sedetik pun sehinggalah ke noktah masa.

Kepada teman-teman yang sudah pun menonton filem yang dipersembahkan oleh KTC 024 ini, Alhamdulillah. Kita ambil kebaikannya dan sekiranya banyak kesamaan dari segi wasilahnya dengan apa yang kita gerakkan sekarang, apa salahnya diaplikasikan, boleh dijadikan satu pengalaman yang mematangkan kita. Dan kepada sesiapa yang masih belum menontonnya, segeralah dapatkannya dari mana-mana yang berkenaan ( saya pun pinjam daripada kawan).

banner film sang murabbi Pictures, Images and Photos

Rating oleh al-bumbuni : 8/8

Wallahu A’lam.

~kita jumpa di sana…

-------------------------------------------------------------

1. Surah Al-Anfal : 63



27 December 2008

"Lucutkan Ketidakmanfaatan"

Oleh : amin al-bumbuni


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah subhanahu wa taala Pemilik sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam, ahli keluarga, para sahabat Radiyallahu Anhum ajma’in dan sesiapa yang mengikutinya dengan niat yang ikhlas mempertahankan perjuangan agama yang sebenar hingga ke hari kiamat.

Teman-teman sekalian,

Hanya sebagai pendahuluan, dalam kehidupan kita, kadang-kadang di sana ada perkara yang kita ingin-inginkan walhal itulah yang memberi mudarat kepada kita, atau itulah yang amat buruk bagi kita. Kadang kala di sana juga ada perkara yang mana kita tidak pernah mahu untuk melakukannya, atau kita gagal untuk melaksanakannya sedangkan itulah yang amat baik bagi kita pada hakikatnya.

Dengan penuh keyakinan, saya tahu ramai yang sudah beberapa kali membaca atau mendengari kata-kata seperti ini sama ada membacanya di mana-mana, atau mendengarinya melalui ceramah-ceramah atau seumpamanya. Tetapi di sini, suka saya memperingatkan diri saya dan teman-teman mengenainya buat kali yang seterusnya sebagai refresh untuk kita semua.

Berbicara tentang hal ini, begitulah firman Allah Jalla wa ‘Ala :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(1)

Oleh itu wahai teman-teman, ilmu itu sangat penting untuk kita mengaplikasikannya dalam membuat apa-apa jua keputusan dan pilihan. Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Ilmu itu juga perlu sinonim dengan aktivis-aktivis yang memperjuangkan agama. Pengusaan ilmu itu sendiri memerlukan kepada pengorbanan dan keazaman yang tinggi dan untuk itu kerja-kerja tidak berfaedah perlu ditinggalkan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala :

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Maksudnya : dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.(2)

Dalam ayat tersebut, secara automatiknya kita dapat ketahui bahawa salah satu sifat mukmin yang berjaya ialah bukan setakat meninggalkan perkara dan perkataan yang lagha, bahkan kita perlu menjauhinya. Hal ini bermaksud sekiranya kita terfikir untuk melakukan perkara lagha, segerakanlah hapuskan keinginan itu. Itu tidak lain adalah bisikan syaitan.

Imamuna Ibn Kathir menafsirkan istilah lagha sebagai “segala perbuatan batil termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik, perbuatan maksiat, serta segala perkara yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.”(3)

Firman Allah Taala juga :

وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.(4)

Kita lihat sahaja dunia sekarang, apabila umat islam mula membuang masa pada perkara tidak berfaedah maka hal inilah yang menjadi punca kejatuhan umat. As-Syeikh Hasan An-Nadwi di dalam bukunya berkata:

“Tetapi sayang sekali, kaum muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuangkan waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Andai kata mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan kaum muslimin, kedudukan mereka tidak akan menjadi saparah ini.” (5)

Teman-teman, apabila kita sendiri menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah, maka kewajipan penting mula terabai dan keutamaan kita tersasar. Natijahnya, adalah kejahilan, kemunduran dan ditambah lagi perbalahan dan perpecahan umat itu sendiri.

Holy Greeting12 Pictures, Images and Photos

Justeru, sudah tiba masanya kita memfokuskan pada ilmu-ilmu penting yang mana dapat membantu agama Allah itu sendiri, memperjuangkan agama. Dalam masa yang sama kita menjauhkan diri seberapa jauh kilometer daripada perkara-perkara yang tiada nilai manfaatnya.

Satu persoalan yang perlu diterapkan dalam diri kita, dan dipersoalkan sendiri oleh diri kita sebelum melakukan sesuatu…

“ Adakah apa yang aku lakukan ini akan menegakkan kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH?”

Secara umumnya, apakah perbuatan dan perkataan kita itu akan membantu agama Islam itu sendiri. Dan apakah kelakuan kita itu tidak termasuk dalam perbuatan yang tidak bermanfaat.

Fikir-fikirkan lah!

Wallahu Taala A’lam.

~kita jumpa di sana….

-----------------------------------------------------------

1. Surah Al-Baqarah : 216

2. Al-Mukminun : 3

3. Tafsir Ibn Kathir - Al-Mukminun : 3

4. Surah Al-Furqan : 72

5. Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam oleh As-Syeikh Hasan An-Nadwi




08 December 2008

Jauhilah Dosa!

Jauhilah dosa !

Dosa adalah kemurkaan Tuhan,
Tinggalkanlah dosa,

kerana ia adalah hijab di antara hamba dengan Tuhan,
Larilah dari dosa !

Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan,
Jangan sekali-kali buat dosa,

Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan,
Kemurkaan Tuhan dan kekalahan

Orang yang berdosa
Orang yang sedang karam di dalam lautan,
Bukan senang hendak diselamatkan

Orang yang berdosa
Seperti ular yang besar sedang membelit seseorang
Menunggu hendak ditelan

Orang yang berdosa
Laksana singa yang galak hendak menerkam,
Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya

Orang yang berdosa
Seorang yang sedang dipeluk oleh seorang yang hodoh,
Seluruh badan penuh dengan kudis,
Nanah dan darahnya sedang mengalir
Dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan,
Baunya terlalu busuknya, meloyakan tekak dibuatnya



Sebahagian daripada Khutbah Terakhir Nabi Muhammad saw

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

"Ya, Saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini, dan
kota ini adalah suci, karenanya pandanglah kehidupan dan milik setiap
orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang
yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau
lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa
kamu akan bertemu dengan Allah swt dan Dia akan memperhitungkan amalanmu
dengan sebenar-benarnya. Allah swt. telah melarangmu memungut riba,
kerananya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajipan membayar riba
dihapuskan. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia
telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan
yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya."

"Ya, Saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat
lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa
sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada
perbezaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal - Soleh.
Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus
mempertanggungjawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan
menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti."


Syed Qutb

Syed Qutb telah dilahirkan pada tahun 1906 di sebuah kampung di wilayah As-yut Mesir dari sebuah keluarga yang berada yang patuh kepada agama. Semenjak di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan bakat yang luar biasa. Syed Qutb juga telah menghafal 30 juz Al-Quran ketika beliau berumur 10 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Cairo sehingga tamat.

Syed Qutb sangat berminat dalam bidang penulisan dan sastera sejak di bangku sekolah rendah lagi. Beliau telah menulis buku karangan pertamanya ketika berumur 25 tahun. Dalam bidang sastera, beliau telah terpengaruh oleh aliran Al-Akkad, seorang pujangga Arab yang terkemuka pada abad itu. Kemudian beliau memilih alirannya sendiri sebagai seorang sasterawan dan pujangga Islam hingga ke akhir hayat.

Beliau mula menjadi anggota pertubuhan Ikhwanul Muslimin pada akhir tahun 40-an. Beliau juga sangat terpengaruh dengan keperibadian dan perjalanAN hidup pengasas dan pemimpin agung pertubuhan ini iaitu As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna yang telah ditembak mati oleh kakitangan Kerajaan Malik Faruk pada tahun 1948.

Dalam pertubuhan Ikhwanul Mulimin, Syed Qutb pernah diberi kepercayaan memimpin majalah Al-Ikhwanul Muslimin, suara rasmi pertubuhan berkenaan sehinggalah penerbitannya dilarang dan diharamkan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga pernah dilantik mewakili pertubuhan dalam badan-badan pemerintah setelah kemenangan revolusi Mesir pada 23 Julai 1952, hasil kerjasama pertubuhannya dengan pegawai-pegawai muda di dalam Angkatan Bersenjata Mesir.

Pada tahun 1954, beliau telah dihukum penjara selama 15 tahun kerana dituduh berkomplot membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser. Akhirnya dengan campur tangan bekas Presiden Abdul Salam Arif dari Iraq, beliau telah dibebaskan pada akhir tahun 1964. Selang beberapa bulan kemudian, beliau telah ditangkap semula dan dibicarakan di Mahkamah Khas Tentera dimana As-syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman di tiang gantung bersama dua orang rakan seperjuangannya iaitu Yusuf Hawasy dan Abdul Fatah Ismail. Bila ditanya tentang hukuman yang akan dijatuhkan ke atasnya itu, beliau telah menjawab sambil mengulum senyum sambil berkata “mati syahid”.

Karya terakhir yang ditulisnya ialah buku yang bertajuk Ma’laam fi Thaariq” (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang sebahagiannya ditulis ketika beliau di dalam penjara.