السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

06 November 2012

Bencana, beringat sebelum terkena..


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..


Apa yang diperhatikan, mereka yang ditimpa musibah akibat bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan tsunami, kebanyakan mereka kembali mendekatkan diri kepada Tuhan, mengadu betapa diri mereka banyak kelemahan, dan memohon daripadaNya segala macam bentuk perlindungan. Berfikir tentang hikmah, ramai juga manusia tanpa mengira agama, mula meyakini dan beriman kepada hari Qiyamah, kita doakan mereka semoga Allah memberi hidayah.

Apa yang dirisaukan, ramai juga manusia yang berasa terlalu selesa kerana pada penilaiannya kawasan yang mereka duduki ketika ini bebas daripada bencana alam, sehingga terlupa ada bencana yang lebih bahaya sedang melanda mereka. Hiburan yang melampau, politik yang kotor, rasuah yang beleluasa, akhlak yang runtuh, semuanya tidak lain hanya bencana yang lebih menjauhkan manusia dengan Tuhan yang menciptanya.

Sungguh, kalaulah mereka tahu betapa ‘Kun Fayakun’ itu boleh merubah apa sahaja, masing-masing pasti lebih beringat sebelum terkena.

Moga rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya.

Bisik pada diri, di Bumi yang mana kita sedang duduki.



ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). |Surah Ar-Ruum 30:41|




Wallahu A'lam, Wassalam..
"Kita jumpa di sana"




Chempaka, Pandan Indah,
Kuala Lumpur, Malaysia


2 comments:

Anonymous said...

1xbet korean | Best Online Betting & Welcome Bonus | LegalBet
1xbet korean, 1xbet 1xbet in korean, 1xbet korean, 1xbet korean, 1xbet korean, 1xbet korean, 1xbet korean, 1xbet korean, 1xbet korean, 1xbet korean.

hadfabela said...

Harrah's Cherokee Casino and Hotel - Mapyro
Directions to 영주 출장마사지 Harrah's Cherokee Casino and Hotel 대전광역 출장마사지 (Harrah's Cherokee Casino and Hotel) with map. Download 경산 출장샵 this 목포 출장샵 free app to start 공주 출장샵 planning your next