السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)
Saturday, January 16, 2010 9 comments

Bila Al-Quran bisa bicara!

Assalamualaikum...





“Abang, abang! Aliff nak fepofen (seposen), nak beli aiskrim”. Pinta Aliff dengan gaya muka ‘fepofen’ dia, seorang kanak-kanak kategori pelat ‘S’ yang juga merupakan jiranku di rumah sewa Indera Mahkota 1, Kuantan, satu ketika dulu. Biasa la tu budak kecil, tak lama lagi fasih la beliau Insya-4JJi.

Sekali pandang, kesian pula tengok dia ni, tapi kalau dah setiap hari meminta, biarpun erti hidup pada memberi, rasa macam hilang pula kecomelan budak ni secara berperingkat-peringkat.

Aku rasa, sebelum aku mengiktiraf perbuatannya itu sebagai amalan tradisi, baik aku berbuat sesuatu yang bermanfaat. Sekurang-kurangnya kalau aku tak ikhlas bagi dia duit pun, dapat pahala yang lain (boleh ke?), mudah-mudahan la.

“Kalau Aliff nak duit ni, Aliff kena datang rumah abang lepas maghrib, deal tak?”Aliff mula menggaru kepala yang tidak kegatalan.

“Tapi nak buat apa bang?”tanya Aliff kebingungan. “Kita mengaji sama-sama ya, abang ajar”.

Demikianlah titik mula kisah keriuhan rumah sewa kami berlima selepas Maghrib. Keriuhan suara belajar mengenal huruf Arab, keriuhan suara belajar Iqra’, keriuhan suara yang lancar bacaan  Al-Qurannya, tidak kurang juga keriuhan suara ala upin-ipin sedang bergaduh merebut ‘turn’. Bermula dengan seorang Aliff, sehinggalah dia mengajak abangnya boboy dan rakan-rakannya yang lain. Bermula dengan kanak-kanak tadika, sehinggalah ada yang sudah mencecah 15 tahun. Semua menunjukkan minat untuk merebut golongan yang disabdakan Nabi Muhammad Sallahu Alayhi Wasallam.

 

خَيْرُكُمْ مَن تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ

Sebaik-baik daripada kamu ialah dia yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (H.R Bukhari, At-Tirmizi dan Abu Daud).

 

Alhamdulillah, dalam kesibukan kami menuntut ilmu, sempat juga kami memanfaatkan masa dengan mengajar anak-anak ini mengaji. Moga tersenarai dalam golongan tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang datang untuk menyiapkan kerja sekolahnya, minta tunjuk ajar daripada abang-abang yang semuanya hensem ini. Khidmat kami juga bukanlah tertumpu kepada mengajar mengaji semata-mata, malah selepas tamatnya semua bacaan, kami mengajar anak-anak ini cara-cara berwuduk dengan betul, bersolat mengikut Sunnah, tazkirah mengenai rukun Islam, rukun iman, serta mengenali nama-nama malaikat dan rasul, dan tidak ketinggalan juga nama abang-abang..

Teringat lagi aku, ketika mana sedang melayan bacaan seorang budak, tiba-tiba pintu rumah kami diketuk.

Assalamualaikum, mami datang ni nak hantar anak mami mengaji, boleh? Ain, Aiman dan Alif comel. Aiman, don’t play-play ye, kalau mami tahu Aiman main, siap Aiman”,tegas mami, seorang jiran kami yang paling rapat kukira. Begitulah kesungguhan seorang ibu yang kepingin anak-anaknya pandai mengaji. Sudah tentu sejuk hati ibubapa apabila melihat anak-anaknya pandai serta lancar membaca Al-Quran. 


                            

                                               Alif dan Amin yang comel...hehe


Kami agak terkejut, huh peserta wanita pertama ni. Alhamdulillah, daripada permintaan ‘fepofen’ Aliff sehinggalah kepada pencapaian tahap ini. Maklum la, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, 1Malaysia la katakan. Moga Allah redha. Begitulah kesungguhan kanak-kanak yang ingin belajar mengaji di taman perumahan kami. Kadang-kadang yang tak dikenali pun tiba-tiba muncul, Alhamdulillah syukur kerana masih ada yang berminat, cuma kadang-kadang tidak mempunyai peluang. Moga kita semua memperoleh pahala seperti mana yang dikhabarkan dalam sebuah hadith.

 

اتلوه فإن الله يأجركم على تلاوته كل حرف عشر حسنات أما إني لا أقول ألم حرف ولكن ألف ولام وميم

Bacalah (Al-Quran), maka Allah akan memberikan ganjaran ke atas pembacaannya setiap huruf sebanyak 10 pahala. Tidaklah aku (Muhammad Sallahu Alayhi Wasallam) mengatakan bahawa Alif Laam Miim itu satu huruf tetapi Alif dan Laam dan Miim (tiga huruf). (Hakim di dalam Mustadraknya)

 

Semoga dengan pembacaan Al-quran kita ini juga dapat memberi kita perlindungan pada hari kiamat kelak sesuai dengan sabda Nabi Sallahu Alayhi Wasallam:

 

(( اقْرَؤُوا القُرْآنَ ؛ فَإنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيعاً لأَصْحَابِهِ ))

Bacalah Al-Quran, Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada teman-temannya (pembaca-pembacanya). (H.R Muslim)

 

 

Teruja dengan semangat dan kesungguhan anak-anak yang mahukan kemahiran tilawah Al-Quran ini tersemat dalam diri masing-masing, adakah kita yang dewasa ini menjadikan Al-Quran sebagai teman kita?

 

Apakah sudah cukup tahu membaca, kemudian kita tidak lagi kerap berdampingan dengan Al-Quran?

 

Bagaimana pula yang dikatakan generasi Al-Quran?

 

Akhiran laisa bi akhirin, luangkan masa sebentar untuk membaca kata-kata di bawah dan merenung kembali diri kita. Ia amatlah penting. Ya, untuk kita yang sudah dewasa.

 

 

 

Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku ,
Dengan wudu'
, aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
,
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
,
Setelah usai engkaupun selalu menciumku mesra
..

 
Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
,
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?


Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya
,
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
,
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
,
Atau aku kau buat penang
kal untuk menakuti hantu dan syaitan.

 
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian
,
Di atas al
mari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
,
Esok
harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

 
Sekarang... pagi-pagi sambil minum kopi...engkau baca
berita pagi atau menonton berita TV,
Waktu senggang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia
,
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa b
aca pembuka surah2ku (Basmalah),
Diperjalanan engkau lebi
h asyik menikmati muzik duniawi,
Tidak
ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu,
Sepanjang perjalanan r
adiomu selalu tertuju ke siaran radio kegemaranmu.

Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
,
Itup
un hanya beberapa lembar dariku,
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
,
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi
setiap membacaku.

 
Apakah komik
, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan?
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
,
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
,
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku
engkau dapat selama melaluinya.


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...kuranglah jatah umurmu...
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kemba
li kepada Tuhanmu sewaktu-waktu,
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.
Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang aka
n membantu engkau membela diri,
Dari perjalanan di alam akhirat
.

 
Ta
pi Akulah "Qur'an" kitab sucimu,
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
,
Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
,
Kera
na ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci,
Yang berasal dari Alla
h, Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.

 
Kelu
arkanlah segera aku dari almari atau lacimu...
Jangan lupa bawa kaset
yang ada ayatku dalam laci keretamu,
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
,
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
.

 
Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setia
p datangnya pagi dan malam hari,
Seperti dulu....dulu sekali...
Waktu engkau masih kecil, budak dan kanak...
Di surau kecil kampungmu yang damai
,
Jangan biarkan aku sendi
ri....
Dalam bisu dan sepi....



Aiman dan Alif (Siapa yang mengenalinya, tolong sampaikan salam ye)

 

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula)

yang memeliharanya. (Surah Al-Hijr: 9)



Kita jumpa di sana...


Ø  Amin albumbuni

Ø  Syarie’ Jamiah, Irbid, Jordan.

Friday, January 08, 2010 2 comments

Polemik Nama Allah by Maulana Asri Yusuf

Polemik Penggunaan Kalimah Allah - Wajarkah Dibenarkan?



Thursday, December 24, 2009 3 comments

Gener8 di Jordan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Azza Wa Jal. Baru-baru ini, 22 Disember 2009, pihak Jabatan Penuntut Jordan (JPM), Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Jordan (MPPMJ) dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) telah menjayakan program Malaysia Day di Dewan Al-Kindi Universiti Yarmouk, Jordan. Program yang bertemakan "Malaysia Truly Asia" mendapat sambutan hangat daripada warga Irbid terutama mahasiswa-mahasiswi universiti tersebut termasuklah warga Arab, mahasiswa-mahasiswi Jordan University of Science & Technology (JUST) dan tidak lupa juga mahasiswa-mahasiswi yang datang dari Mafraq, Mu'tah dan Amman.

Semua mahasiswa Malaysia dengan semangat negeri masing-masing, berbekalkan 1001 ragam budaya yang ada di Malaysia, mempamerkan adat tradisi, seni binaan, dan seni tarian negeri masing-masing. Johor dengan model kuda kepang dan tarian zapinnya, Kelantan dengan dikirnya, Melaka dengan model tangga rumahnya yang unik, Sarawak dengan rumah panjang kebanggaannya, Pulau Punang dengan model jambatannya, Kedah dengan jenis-jenis beras yang ada, serta pelbagai lagi pameran yang terdapat di booth setiap negeri.

Bagi mahasiswa Malaysia di Jordan yang amat merindui makanan tanah air tercinta, pada waktu inilah masa yang sesuai untuk melepaskan rindu tersebut dengan menikmati sepuasnya juadah yang selama ini hanya pendaman di dalam hati. Terdapat pelbagai jualan makanan yang mana mencirikan 'trademark' negeri masing-masing di  gerai-gerai yang disediakan. Warga Arab juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk 'memanaskan' lidah mereka dengan merasai kekayaan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia.

Namun begitu, apa yang membuatkan aku dan rakan-rakanku bertambah ceria dan gembira dengan program ini, amat berkait rapat dengan gambar di bawah, di mana tanpa dirancang telah terbentuknya satu 'mini reunion' generasi ke-8 Sek Men Islam Hidayah (Gener8) yang belajar di Jordan semasa Malaysia Day ini berlangsung, di salah satu koordinat Dewan Al-Kindi yang dirahsiakan, huh. Mini reunion ini secara tidak langsung menyerikan lagi tentatif program kami. Saat inilah yang membawa kepada kemuncak kegembiraan kami...

Syah, Nuh, Azlan, Amin, Siddiq dan Hilal


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara... (Al-Hujurat:10)


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوٌ مِنْهُ ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالْحُمَّى وَالسَّهَرِ

Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin pada belas kasihan mereka, cinta mereka, dan simpati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota mengadu, maka seluruh anggota akan merasai demam dan (berjaga malam). (Muttafaqun Alayh)


Moga ikatan ukhuwah ini terus berkekalan hingga ke akhirnya..

Kita jumpa di sana....

> amin albumbuni.

> Syari' Jamiah, Irbid, Jordan.

Thursday, November 19, 2009 2 comments

Cerita Aku dan Rakan-Rakan : Pencuri Masa

Assalamualaikum...

Jam di Irbid Jordan sekarang dah menunjukkan pukul 11.37pm. Kalau dalam kiraan, malam sudah pun matang pada waktu ini, boleh dikatakan sedang masuk fasa bertukar kepada siang. Saat ini, pasti ramai yang sudah pun menyahut panggilan manja 'hiram' masing-masing. Adapun yang belum tidur, sekaranglah masa sesuai untuk bercadang berbuat demikian. Tapi tidak dengan aku, aku baru mencelikkan mata setelah berehat keletihan. Kenapa terlalu letih hari ini. Mungkin akibat daripada pengasahan minda mencari angka yang tepat dalam menjawab soalan esei exam Tanmiah Iqtisodiyyah tadi. Atau mungkin juga terlebih muatan dalam pengisian jasadi di rumah Ust Din tadi, terlalu enak masakannya, sesekali mengunyah terasa seperti di tanah air, 1Malaysia.

Pada saat ini juga, aku masih belum memulakan pembacaanku untuk exam esok, madah Asalib Bahas. Entah mengapa aku dan rakan-rakanku seperti tiada perasaan dan rangsangan yang serius apabila mendengar perkataan ‘exam’. Haa itulah akibatnya selalu study last minute. Kalau esok ada exam, malam ni baru lah kelam-kabut mencari sampel-sampel soalan, mencari nota-nota dan ada yang baru hendak membuang lipas-lipas yang sedang rancak bermain sembunyi-sembunyi pada helaian buku dan nota. Kemudian masing-masing menjadi seperti lipas yang terperangkap di dalam peti ais, mencari tempat yang sesuai untuk berhibernasi dan memulakan study. Ada yang tanpa suara, dan ada pula seperti berada di dalam studio, berbagai ragam.

                          

                                                          Masing-masing 'pulun' study

Itulah tabiat kami semenjak duduk sekali di rumah sewa kami yang dirindui di Indera Mahkota, Kuantan satu masa dahulu. Nak kata kami study untuk exam pun, agak tidak sesuai juga, sebab kami pun sudah lama ada kesedaran, huh. Tetapi itulah cerita kami. Teringat lagi salah satu kata-kata hikmah yang aku pelajari pada zaman muda-muda dulu, waktu zaman ‘SPM’, cuma belum sempat diaplikasikan sepenuhnya lagi, iaitu:

 

التأجيل لص الزمان

“Tangguh itu pencuri masa”

 

Moga kami diberi hidayah dalam usaha untuk tadabbur kata-kata hikmah ini.

“Ya Allah, berikanlah aku dan rakan-rakanku kekuatan untuk menghabiskan semua nota-nota dan silibus yang patut dibaca. Permudahkan aku dan rakan-rakanku dalam menjawab peperiksaan esok, Ameen”

Banyak tu kena baca. (m/s 7 – 44 + m/s 63 – 85 + nota tausiq).

Wallahu A’lam, Wassalam.

 

Amin al-Bumbuni.

Syarie’ Jamiah, Irbid, Jordan.

Sunday, November 08, 2009 0 comments

Serlahkan bakatmu!

Assalamualaikum teman-teman..

Inilah ‘posting’ pertama saya selepas sebulan lebih keberadaan tubuh dan semangat saya di bumi Jordan ini. ‘Posting’ kali ini pun tidaklah saya ingin berbicara panjang tentang sesuatu. Cuma suka saya di sini untuk berkongsi dengan anda semua sebuah video yang menarik perhatian saya. Anda juga boleh menontonnya di youtube. Selain taajub dengan kepetahannya, harap juga kita dapat mengambil noktah-noktah penting dalam pesanan dan nasihatnya yang dituju khas untuk muslimin dan muslimat semua.

Barangkali ada di antara ibubapa yang menangis dan kecewa kerana ketidaklayakan anaknya menyertai program realiti seperti Bintang Kecil, Tom Tom Bak atau seumpamanya. Bukanlah mereka menangis dan bersedih kerana anaknya tidak dapat menghafaz al-quran, mendalami ilmu agama, mengasah bakat untuk menyampaikan mutiara kepada masyarakat. Masyarakat yang sekarang ini menyerah kalah dengan budaya dan tamadun barat. Cuma dalam kelalaian dan kegelapan masing-masing, mujur masih ada di sana suluhan cahaya dan kesedaran. Moga thabat.



Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya.

Wallahu a’lam, wassalam.