السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

11 August 2010

pényelamat darı apı néraka..

bışmıllah, dan şalam ramadhan buat şemua.. 

şegala pujı bagı Allah, Tuhan şekalıan alam. şekadar perkongşıan..




Puasa terutamanya puasa sebulan di bulan Ramadhan, ia menjadi penyelamat dari api neraka dan pembuka pintu Syurga.

Rasulullah Sallahu alayhı wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga.”

[HR Bukhari, (3581) Al-Jihad]




Rasulullah Sallahu alayhı wasallam bersabda:

“Puasa itu perisai (penyelamat) daripada azab Allah.” 

[HR Ahmad (17233), 38. HR Ahmad dan Baihaqi]




Rasulullah Sallahu alayhı wasallam bersabda:

“Tidaklah ada seorang hamba berpuasa di jalan Allah kecuali Allah jauhkan dia dari neraka sejauh tujuh puluh musim (tujuh puluh tahun).” 

[HR Bukhari , (6/35). Muslim, (1153)]




Rasulullah Sallahu alayhı wasallam bersabda:

“Puasa itu perisai (yang menyelamatkan diri dari api neraka), apabila seorang kamu berpuasa, janganlah berkata-kata keji, jangan berlaku jahil, jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya, katakanlah aku berpuasa.” 

[HR Ahmad, (7714)]




Rasulullah Sallahu alayhı wasallam bersabda:

“Fitnah seseorang itu dalam keluarga, harta dan jirannya, boleh dihapuskan oleh Solat, puasa dan sedekah.”

[HR Bukhari (2/670). Muslim, (144)]



wallahu'alam, waşşalam..


kıta jumpa dı şana..

bayt moşlem. şyarıı' jamı'a.

Irbıd, Jordan |01 ramadhan 1431H|



4 comments:

miNe n AlwAyz ~1~ said...

syabas..
tulisan dah semakin membesar..

Nice perkongsian mengenai hadith2 btw..

+akufobia+ said...

wow.puasa.wee.

Al-Bumbuni said...

to çık nık norkatıjah: huhu tak tau la çamné tulışan tu boléh mémbeşar..anak ruşa nanı baru kémbang ékor kott.. thankş btw.rénungan bérşama.

Al-Bumbuni said...

to akufobıa: şélamat bérpuaşa açap,moga ramadhan kalı ını lbéh baék darıpada kt şmıh dlu :)