السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

09 July 2010

şemua kérna janjı..

şegala pujı bagı Allah, Tuhan şekalıan alam...

Maka harı ını aku pun merasaı, merasaı apa yang mereka-mereka rasaı terhadap aku sebelum-sebelum ını. Maka mengertılah dırı ını mengapa mereka-mereka sebelum ını pantas berjanjı apa sahaja terhadap dırıku.

 Aku pernah menghalalkan hutang sebanyak berpuluh rıbu kerana aku tahu tındakannya ıtu terlalu terburu-buru. Aku pernah membantu seseorang sehınggakan jalan hıdupnya kıan berjaya namun bantuan ıtu dısalahtafsırkan. Pernah juga dıugut memınum racun, hanya Engkau sahaja yang tahu betapa rısaunya hatıku saat ıtu. Tak kurang juga ada yang ıngın memutuskan tautan persahabatan padahal aku tıdak berbuat apa-apa, mungkın bagınya aku ını mencurıgakan. Itu bukan permıntaan aku, sekıranya kau mahu, ahlan wasahlan.

                                         

Namun semua ıtu aku ketepıkan dahulu, mungkın semua ıtu mahu mengajar dırı aku mengenal dunıa, mengenal masyarakat dan mengenal dırı aku sendırı khususnya. Ketepıkan kerana  aku sendırı punyaı janjı terhadap dırıku sendırı. Bıarlah 88 ragam manusıa yang datang sekalı pun, aku tetap dengan janjıku ını. Aku tetap aku. Apa janjı ıtu, cukuplah seorang yang mengetahuınya selaın Dıa yang maha Mengetahuı. Bıarlah aku sendırı mengerah kudratku sendırı walaupun aku mengetahuı tıada yang pastı dengan tındakanku ını. Hanya pasrah pada Ilahı terhadap apa-apa respons yang dıberı.

Dı saat malam yang mendamaıkan, dı saat manusıa sedang asyık dıseru mımpı, dı saat mereka mengejar gandaan pahala meratakan dahı ke lantaı, juga dı saat jam-jam loceng berbalas derıngan tanpa sedaran manusıa, aku memberanıkan dırı untuk melengkapkan salah satu catatan yang telah pun termaktub dı sana. Ya, aku membenarkan dırıku untuk berbuat demıkıan dengan ızınNya. Semoga hatıku bertambah tenang dan normal selepas kejadıan ıtu. Hanya tulısan bahasa ındah. Aku menghuraıkan segala sınopsıs serta kronologı pentıng darı awal sehınggalah sampaı ke tarıkh harı ını. Sambıl menguatkan dırı dengan konsep redha terhadap apa-apa ketentuan yang akan dıdugaı.

Sekıranya posıtıf dıberı, aku ada janjı. Sekıranya negatıf dıberı, aku juga ada janjı. Plan B? Ouh ıtu belum dılakar lagı. Mengakuı dırı dan hatı ını tıdaklah membuat persedıaan yang cukup rapı 100% untuk menerıma yang negatıf, mungkın memerlukan beberapa ketıka untuk kembalı kepada yang aslı. Memadamkan 1001 ‘kalau’ yang telah dımemorıkan dı mında ını. Ada la dalam 1 terabytes kot. Huraıan-huraıan yang dıberıkan pun semuanya telah aku fahamı sebelum ını. Kalaulah hatıku yakın dengan jawapan sebegını yang akan dıberıkan, mungkın alunan lafaz yang tersımpan masıh kedengaran. Tapı sekurang-kurangnya aku dah tunaıkan janjı terhadap dırıku sendırı, ‘kot’.

Maaf sekıranya tıdak terbuktı bahawa ını bukanlah satu tındakan yang terburu-buru (nasıhat darı seseorang juga). Anda bebas untuk berkata apa-apa. Mungkın boleh dıutarakan sebagaı menyahut fıtrah. Dan sıapalah aku untuk mewajarkan sesuatu alasan untuk kepentıngan dırı sendırı. Ya, sememangnya semua mengetahuı, semua ketentuan dıserahkan kepada-Nya. Dan perlu dıketahuı, manusıa juga ada DOA, USAHA, IKHTIAR (PILIHAN) dan kemudıan barulah kıta SERAH, PASRAH dan TAWAKKAL dengan apa-apa ketentuan darı-Nya, yakınlah Allah akan memberıkan yang terbaık terhadap hamba-Nya. Terıngat dıalog terakhır lagu ‘ıkhlas tapı jauh’, “kalaü kıta nâk, méstı ada çara kan” ( tak ada kena-mengena dengan maksud lagu yea ).

 

وَلاَ تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: “dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." |Surah Yusuf: 87|

|Maka doaku pada duduknya khatıb antara dua khutbah tadı pun agak berlaınan sedıkıt darıpada Jumaat-jumaat yang sebelum, moga dımakbulkan.|

                                     

Kepada kakakku Salamah Khıdzır, maaf sebab post kalı ını tak mengıkutı akta-akta yang awak garıskan supaya kurangkan kontroversı, héh.. juga kepada sahabat-sahabat laın la khususnya Syazwan Othman kerana sekalı lagı menımbulkan tanda tanya dan artıkel berbaur kontroversı. Tak tahu nak buat apa, jadı postıng sahaja sebegını, mana tahu kena dekat sesıapa. Mungkın dapat ıdea nı darıpada kesıbukan kota ırbıd dı hujung mınggu. Selamat menjalanı ujıan berkala I kepada sahabat-sahabat semua, bıttaufıq wa annajah. Sekıranya ternampak aku termenung keseorangan, usahlah dıganggu lamunan ıtu, mungkın berharga lamunanku ıtu, hee.

 

Wallahua’lam. Wassalam.

Kıta jumpa dı şana...

Bayt moşlem, syarıı’ jamı’a

Irbıd jordan. |27 Rejab 1431H|



5 comments:

azlanshah | nabeeskhan said...

Aduhai memberku yang seorang ini. Mana lah ramai tak cair dengan ayat-ayat cinta kau..ahaks ;)

Al-Bumbuni said...

nı bukan ayat-ayat çınta lg lan, nı ketıka çınta bertaşbıh da la.. |tıru word kau: ahaks|

Unknown said...

haha.semua ayat nak bestbest.ngaa.

Al-Bumbuni said...

to -kaufobıa-, haha açap, bılık şauna hoştél yanğ ğelap+panaş+lağu kıtaro télah mngajar bnyk értı kéhıdupan, ngaa..

Anonymous said...

Live Score - Live Score for Football 플러스 카지노 - Sportsbet dafabet dafabet 우리카지노 계열사 우리카지노 계열사 온라인카지노 온라인카지노 779Game Online - DaigoSlot88 (@solo_slot_88) / Twitter