السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

02 July 2010

dua purnama



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam…

Pertamanya suka aku mengucapkan selamat kembali kepada diriku sendiri. Sudah lebih dua purnama meninggalkan rumah usang ini tanpa berita, walaupun sewanya tetap kubayar setiap bulan. Kadang-kadang terasa rugi juga tak dapat berkongsi ceritera dengan sang pelawat rumah ini, tak kiralah pelawat asing atau tidak.

Secara putaran semasanya, banyak juga kisah-kisah yang boleh dikongsikan selama dua purnama ketidakberadaanku di blog ini. Mungkin saksi-saksi facebook amin khidzir albumbuni tahu serba sedikit tentang update diriku ini. Sebab boleh dikatakan diri ini agak aktif la di medan itu. Namun aku tahu sesempurna catatan adalah catatan di Luh Mahfuz. Segalanya telah termaktub di sana.

Medan facebook yang penuh cabaran. Sebab apa dikatakan begitu, manakan tidak. Setiap tingkahlaku kita, setiap kalimah yang kita madahkan, setiap kritikan yang kita lontarkan, semuanya dapat disaksikan dan dilihat oleh orang ramai. Laman sosial yang memerlukan iman sebagai pengawal peribadi diri kita. Segala pujian haruslah dikembalikan kepada maha Pencipta, Allah Azza wa ‘Ala. Setiap kritikan juga diterima dengan hati terbuka. Jangan sesekali menganggap laman sosial ini satu pertandingan untuk melihat siapa di antara kita yang hebat. Itu bukan matlamat kita.

Kadangkala terasa juga siapalah diri ini untuk memberi kata-kata nasihat kepada orang lain, sedangkan aku pun tidak pasti adakah tangan kananku atau tangan kiriku yang mengambil buku catatan amalanku akhirat kelak. Tapi aku nekad untuk tidak menjadi orang yang rugi, yang tidak mahu berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran sepertimana terjemahan dalam surah al-‘Asr :

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.

               

                Tidak menulis tidak beerti tidak membaca.  Sepanjang karier menulis ini terbantut seketika, sering juga aku membaca blog teman-teman lain, laman-laman seperti sarang ilmu, laman-laman akhbar untuk me'nyah'kan diri ini daripada mendapat gelaran katak di bawah tempurung kaca. Dan amat terharu dan seronok apabila membaca blog kakakku sendiri, Suhaili Khidzir, yang sedang bertungkus-lumus merealisasikan sesuatu yang akan menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Semua tentang dia. Aku doakan semuanya berjalan lancar dan selamat. insyaAllah Taala.

                Bagaimana mahu menulis kalau tidak membaca, boleh dipersetujui ke ayat ni? Sebenarnya masa itu ada di sisi kita, tetapi hanya kita sahaja yang tidak mengurusnya dengan baik. Jadi, adakah kita mahu detik-detik kekosongan yang sebenarnya berharga ini ditelan masa. Belajarlah menjadikan 24 jam sehari yang kita ada itu menjadi 25 jam atau lebih daripada itu. Belajarlah menjadikan 7 hari seminggu kepada 8 hari seminggu. Bukan beerti mahu kufur nikmat tetapi itulah manusia, sering terminum gerimis kelalaian. Sekian.


---- >  şetahun akhır dı sını

---- > şedang mengénalı warna pélangı

---- > débaran çepumaş dılontarı

---- > şekarang aku mengértı…..

 

 

 kıta jumpâ dı şana…

waalahua’lam..

 

bayt moşlem, 20 rejab 1431H

şyarı’ jamıah, ırbıd Jordan