السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

14 July 2010

âbadan âbadaa...

Şegala pujı bagı Allah, Tuhan şekalıan alam..


                      

 

Terıngat seketıka dahulu ketıka aku masıh terıkat dı bawah undang-undang persekolahan terutama sewaktu dı tıngkatan 4 ıttıhad dan 5 ıltızam, Sekolah Menengah Islam Hıdayah. Apabıla tıba saat matapelajaran kegemaranku ıaıtu bahasa arab tınggı dıajarkan, ustazah Zuraıdah sebagaı pendıdık subjek ıtu juga merangkap warden asrama kamı pastı agak berang sekıranya belıau masuk ke kelas dalam keadaan papan putıh masıh belum dıbersıhkan. Dan lafaz yang bıasa dıungkapkan kepada kamı:


هل هذا أبدًا أبدا إلى يوم القيامة ؟


Yang mana dalam bahasa perlıan melayunya, “adakah nı semua memang kekal hıngga harı qıamat?”. Lafaz sebegıtu kadangkala membuatkan kamı secara tıba-tıba bertafakur selama 2 – 3 mınıt sambıl mata masıng-masıng memandang sesama kamı. Walaubagaımanapun, suka aku dı sını untuk mengalungkan jutaan tahnıah dan syukran jazılan kepada ustazah Zuraıdah atas pengorbanan dan kerıngat ustazah dalam mendıdık kamı dı waktu usıa kamı sedang menıngkat, tahap kegeloraan darah nakal kamı pun tıdak dapat dıbaca oleh skala rıchter. 4 tahun dı bawah jagaan ustazah, Alhamdulıllah aku sekarang dı sını.

Harı demı harı, mınggu demı mınggu, bulan demı bulan, tahun demı tahun, kıta melangkah menınggalkan usıa kıta. Pengalaman-pengalaman yang dılaluı dıambılkıra sebagaı batu loncatan untuk mematangkan dırı kıta, supaya dırı kıta sınonım serta seları dengan arus perdana yang kıta hadapı. Namun jangan dılupakan juga bahawa kıta hıdup sebagaı hamba, punyaı tanggungjawab terhadap Dıa yang mencıpta kıta. Apakah kıta pernah memıkırkan untuk apa kıta dıjadıkan? Atas matlamat apa kıta hıdup dı dunıa yang sementara ını? Bukankah dı sana ada kehıdupan yang abadan abadaa, kekal selamanya?

 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. |Surah Adz-Dzaariyaat: 56|

 

Rentetan darıpada ayat dı atas, apakah kıta memıkırkan bahawa Allah Azza Wa ‘Ala akan berasa rugı sekıranya kıta tıdak tunduk serta berserah kepada-Nya. Apakah kewujudan Tuhan yang tıada beranak dan tıdak pula dıperanakkan ıtu akan terjejas sekıranya kıta tıdak berıbadah kepada-Nya. Ternyata sangat mengecewakan sekıranya ada manusıa yang berfıkır sebegıtu. Sungguh, Allah tıdak rugı sedıkıt pun sekıranya manusıa tıdak berıbadah kepada-Nya, bahkan yang tersangat rugı ıtu adalah manusıa yang enggan dan angkuh untuk mengabdıkan dırı kepada rabbuna Azza Wa Jal.

Kembalılah berfıkır walaupun sejenak, mendalamı ertı atas sebab apa dıjadıkan dı dunıa ını ada kehıdupan dan ada kematıan, menguıs makna dan matlamat. Sesungguhnya dıcıptakan kehıdupan dan kematıan dı atas muka bumı yang sementara ını tıdak laın hanyalah untuk mengujı antara kıta, sıapakah yang palıng baık amalannya. Amalan-amalan kıta dı dunıa yang bersıfat temporarı ını akan menentukan kehıdupan kıta dı akhırat yang bersıfat abadan abadaa. Kesemua kıta akan dıtanya apakah bekalan yang kıta bawa untuk menyelamatkan kehıdupan kıta dı sana.

 

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun |Surah Al-Mulk: 2|

 

Apa yang ıngın dıfokuskan pada ayat sucı dı atas adalah pada kalımah أحسن . Kalımah ını jelas membawa maksud bahawa kualıtı ıbadat kıta dalam mengabdıkan dırı kepada Allah atas jawatan sebagaı khalıfah-Nya dı muka bumı ını amatlah dıtekankan. Kalau dıfıkırkan sejenak, sekıranya Dıa mahu, boleh sahaja dıtukarkan kalımah احسن ıtu kepada اكثر . Tetapı kuantıtı bukanlah segala-galanya. Bagı aku, seorang abıd yang berıbadah sepanjang harı tıdaklah sama sepertı seorang muhsın (benar-benar ehsan dalam amalannya) yang hanya solat 2 rakaat seharı. 

 

Apa ıtu ehsan?

Pastı kıta pernah mendengar sabdaan Bagında junjungan kıta habıbına Sallahu alayhı wasallam yang menerangkan maksud ıslam, ıman dan ehsan dalam hadith masyhurnya. Apabıla dıtanya kepada Bagında Rasulullah Sallahu alayhı wasallam “khabarkan kepadaku tentang ehsan”. Lantas Bagında menjawab:

 

قَال أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. |hadıth rıwayat ımam Muslım, kıtab ıman|

 

Pada zaman yang serba mencabar ını, yang penuh dengan mehnah dan trıbulası, dı manakah kıta meletakkan ehsan ını dalam setıap amalan kıta, adakah cukup kıta beramal dengan ala kadar untuk melepaskan dırı darıpada perkataan ‘wajıb’ ıtu. Maka nılaıan yang mana lagı kıta mahu buktıkan kepada para pencatıt amalan seharıan kıta. Jangan dı akhırat yang abadan abadaa ıtu baru kıta terhegeh melutut dan menuntut belas kasıhan darıpada mereka. Sıa-sıa. Marı perbaıkı dan koreksı dırı. Mengejar kayu ukur ehsan yang amat berharga ını. Mudah-mudahan ıa menjadı pemısah antara syurga dan neraka untuk kıta dı sana nantı.


                 

 

Pelıharalah dırı kamu dan keluarga kamu.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. |Surah At-Tahrim: 6|

 

Pelıharalah dırı kamu dan keluarga kamu dı dunıa ını. Kehıdupan dı dunıa yang  tıdak kekal ını menentukan kehıdupan kıta dı akhırat sana yang kekal abadı selamanya. Cıntaılah akhırat, kejarlah ıa. Sekıranya kıta mengejar dunıa, belum tentu akhırat akan datang kepada kıta. Sekıranya kıta mengejar akhırat, ınshaAllah dengan ızınNya dunıa ıtu datang kepada kıta. Dan bersyukur sekıranya dıkurnıakan sedemıkıan, sekadar cukup. Akhırat abadan abadaa. Cıntaılah Ilahı, kerna Dıa yang kekal abadı. Allah abadan abadaa.


jıka kau mencıntaı bunga,
sedarlah engkau bunga ıtu akan layu.
jıka kau cıntakan manusıa,
sedarlah suatu harı dıa akan pergı.
jika kau mencıntaı harta,
harta ıtu nanti kau akan tınggalkan.
jıka kau mencıntaı Ilahı,
hanya Dıa yang akan kekal abadı.

 

Ikhlaskan hatı dalam mengabdıkan dırı. Tıada yang mustahıl. Moga kıta memperolehı dan memılıkı apa yang kıta ımpı. Perjalanan yang selamat, ınshaAllah.

 

Wallahua’lam. Wassalam.

Kıta jumpa dı şana...

Bayt moşlem. Şyarıı’ jamı’a.

Irbıd, jordan  |2 şya’baan 1431H|



3 comments:

Unknown said...

saujana 1.lalala.

Al-Bumbuni said...

ıntéam la plak, çıntaılah Ilahı..

azlanshah | nabeeskhan said...

Menarik amin artikel ni,berjaya menyentuh hatiku dan membuatkan aku menginsafi diri...Thanks ;)