السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)

16 January 2010

Bila Al-Quran bisa bicara!

Assalamualaikum...





“Abang, abang! Aliff nak fepofen (seposen), nak beli aiskrim”. Pinta Aliff dengan gaya muka ‘fepofen’ dia, seorang kanak-kanak kategori pelat ‘S’ yang juga merupakan jiranku di rumah sewa Indera Mahkota 1, Kuantan, satu ketika dulu. Biasa la tu budak kecil, tak lama lagi fasih la beliau Insya-4JJi.

Sekali pandang, kesian pula tengok dia ni, tapi kalau dah setiap hari meminta, biarpun erti hidup pada memberi, rasa macam hilang pula kecomelan budak ni secara berperingkat-peringkat.

Aku rasa, sebelum aku mengiktiraf perbuatannya itu sebagai amalan tradisi, baik aku berbuat sesuatu yang bermanfaat. Sekurang-kurangnya kalau aku tak ikhlas bagi dia duit pun, dapat pahala yang lain (boleh ke?), mudah-mudahan la.

“Kalau Aliff nak duit ni, Aliff kena datang rumah abang lepas maghrib, deal tak?”Aliff mula menggaru kepala yang tidak kegatalan.

“Tapi nak buat apa bang?”tanya Aliff kebingungan. “Kita mengaji sama-sama ya, abang ajar”.

Demikianlah titik mula kisah keriuhan rumah sewa kami berlima selepas Maghrib. Keriuhan suara belajar mengenal huruf Arab, keriuhan suara belajar Iqra’, keriuhan suara yang lancar bacaan  Al-Qurannya, tidak kurang juga keriuhan suara ala upin-ipin sedang bergaduh merebut ‘turn’. Bermula dengan seorang Aliff, sehinggalah dia mengajak abangnya boboy dan rakan-rakannya yang lain. Bermula dengan kanak-kanak tadika, sehinggalah ada yang sudah mencecah 15 tahun. Semua menunjukkan minat untuk merebut golongan yang disabdakan Nabi Muhammad Sallahu Alayhi Wasallam.

 

خَيْرُكُمْ مَن تَعَلَّمَ القُرْآنَ وعَلَّمَهُ

Sebaik-baik daripada kamu ialah dia yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (H.R Bukhari, At-Tirmizi dan Abu Daud).

 

Alhamdulillah, dalam kesibukan kami menuntut ilmu, sempat juga kami memanfaatkan masa dengan mengajar anak-anak ini mengaji. Moga tersenarai dalam golongan tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang datang untuk menyiapkan kerja sekolahnya, minta tunjuk ajar daripada abang-abang yang semuanya hensem ini. Khidmat kami juga bukanlah tertumpu kepada mengajar mengaji semata-mata, malah selepas tamatnya semua bacaan, kami mengajar anak-anak ini cara-cara berwuduk dengan betul, bersolat mengikut Sunnah, tazkirah mengenai rukun Islam, rukun iman, serta mengenali nama-nama malaikat dan rasul, dan tidak ketinggalan juga nama abang-abang..

Teringat lagi aku, ketika mana sedang melayan bacaan seorang budak, tiba-tiba pintu rumah kami diketuk.

Assalamualaikum, mami datang ni nak hantar anak mami mengaji, boleh? Ain, Aiman dan Alif comel. Aiman, don’t play-play ye, kalau mami tahu Aiman main, siap Aiman”,tegas mami, seorang jiran kami yang paling rapat kukira. Begitulah kesungguhan seorang ibu yang kepingin anak-anaknya pandai mengaji. Sudah tentu sejuk hati ibubapa apabila melihat anak-anaknya pandai serta lancar membaca Al-Quran. 


                            

                                               Alif dan Amin yang comel...hehe


Kami agak terkejut, huh peserta wanita pertama ni. Alhamdulillah, daripada permintaan ‘fepofen’ Aliff sehinggalah kepada pencapaian tahap ini. Maklum la, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, 1Malaysia la katakan. Moga Allah redha. Begitulah kesungguhan kanak-kanak yang ingin belajar mengaji di taman perumahan kami. Kadang-kadang yang tak dikenali pun tiba-tiba muncul, Alhamdulillah syukur kerana masih ada yang berminat, cuma kadang-kadang tidak mempunyai peluang. Moga kita semua memperoleh pahala seperti mana yang dikhabarkan dalam sebuah hadith.

 

اتلوه فإن الله يأجركم على تلاوته كل حرف عشر حسنات أما إني لا أقول ألم حرف ولكن ألف ولام وميم

Bacalah (Al-Quran), maka Allah akan memberikan ganjaran ke atas pembacaannya setiap huruf sebanyak 10 pahala. Tidaklah aku (Muhammad Sallahu Alayhi Wasallam) mengatakan bahawa Alif Laam Miim itu satu huruf tetapi Alif dan Laam dan Miim (tiga huruf). (Hakim di dalam Mustadraknya)

 

Semoga dengan pembacaan Al-quran kita ini juga dapat memberi kita perlindungan pada hari kiamat kelak sesuai dengan sabda Nabi Sallahu Alayhi Wasallam:

 

(( اقْرَؤُوا القُرْآنَ ؛ فَإنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيعاً لأَصْحَابِهِ ))

Bacalah Al-Quran, Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada teman-temannya (pembaca-pembacanya). (H.R Muslim)

 

 

Teruja dengan semangat dan kesungguhan anak-anak yang mahukan kemahiran tilawah Al-Quran ini tersemat dalam diri masing-masing, adakah kita yang dewasa ini menjadikan Al-Quran sebagai teman kita?

 

Apakah sudah cukup tahu membaca, kemudian kita tidak lagi kerap berdampingan dengan Al-Quran?

 

Bagaimana pula yang dikatakan generasi Al-Quran?

 

Akhiran laisa bi akhirin, luangkan masa sebentar untuk membaca kata-kata di bawah dan merenung kembali diri kita. Ia amatlah penting. Ya, untuk kita yang sudah dewasa.

 

 

 

Waktu engkau masih kanak-kanak, kau laksana kawan sejatiku ,
Dengan wudu'
, aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
,
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
,
Setelah usai engkaupun selalu menciumku mesra
..

 
Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
,
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?


Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya
,
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
,
Kadang kala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
,
Atau aku kau buat penang
kal untuk menakuti hantu dan syaitan.

 
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian
,
Di atas al
mari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
,
Esok
harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

 
Sekarang... pagi-pagi sambil minum kopi...engkau baca
berita pagi atau menonton berita TV,
Waktu senggang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia
,
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa b
aca pembuka surah2ku (Basmalah),
Diperjalanan engkau lebi
h asyik menikmati muzik duniawi,
Tidak
ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu,
Sepanjang perjalanan r
adiomu selalu tertuju ke siaran radio kegemaranmu.

Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
,
Itup
un hanya beberapa lembar dariku,
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
,
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi
setiap membacaku.

 
Apakah komik
, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan?
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
,
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
,
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku
engkau dapat selama melaluinya.


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...kuranglah jatah umurmu...
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kemba
li kepada Tuhanmu sewaktu-waktu,
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.
Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang aka
n membantu engkau membela diri,
Dari perjalanan di alam akhirat
.

 
Ta
pi Akulah "Qur'an" kitab sucimu,
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
,
Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
,
Kera
na ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci,
Yang berasal dari Alla
h, Tuhan Yang Maha Mengetahui,
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.

 
Kelu
arkanlah segera aku dari almari atau lacimu...
Jangan lupa bawa kaset
yang ada ayatku dalam laci keretamu,
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
,
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu
.

 
Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setia
p datangnya pagi dan malam hari,
Seperti dulu....dulu sekali...
Waktu engkau masih kecil, budak dan kanak...
Di surau kecil kampungmu yang damai
,
Jangan biarkan aku sendi
ri....
Dalam bisu dan sepi....



Aiman dan Alif (Siapa yang mengenalinya, tolong sampaikan salam ye)

 

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula)

yang memeliharanya. (Surah Al-Hijr: 9)



Kita jumpa di sana...


Ø  Amin albumbuni

Ø  Syarie’ Jamiah, Irbid, Jordan.



9 comments:

azlanshah said...

Salam...
Mantap Amin,Thumbs Up! sedang aku syok2 baca,tiba-tiba air mata aku mula bertakung dikelopak..hmm

Kisah-kisah kehidupan kita kat kuantan pada aku paling banyak membentuk diri kita.

Aku rindu alif fefofen n the geng..cmane r hidup die sekarang,dah lah keluarga susah.

Dalam masa yang sama,aku rasa insaf,bertapa qur'an bukan yang nombor satu dihatiku..

Keep it up bro..

Al-Bumbuni said...

betul2..kehidupan n pngalaman kita kt kuantan bnyk mematangkan diri kita..

pe2 pon,ukhuwah kita yg penting..

kita doa agar mereka baik-baik aje, ada pengganti di sana insyaAllah..

yups,Al-Quran utk semua,bukan utk budak kecil je,huh..

muhasabah jum!

Unknown said...

perghh.jom qurankan untuk orangorang besar.kembali.

*Nadiah::Syaimaa'::Hamizah* said...

salam.
wah.
alhamdulillah..bagus2.
semoga kalian diredhaiNya..

-syaimaa'-

Al-Bumbuni said...

akufobia: jum acap!ikot plan enta.

Syaima' : waalaikumussalam.
Alhamdulillah rezki.
InsyaAllah, Ameen.

NAZRIN HASHIM said...

"Alip, ikut abang baca. Alif, ba, ta, tha... Jim, ha, kho.."

"Fufahlah Avang..(susahlah Abang -pelat S dan B-)"

"Takpe.. Alip baca je.. Nanti Abang bagi dua puloh fen.. hehe.."

"Ok! Alip ba ta FA, jim ha kho!"

-----

"Abang.. Abang... Bukaklah pintu. Boboy nak main game ni! Abang.. Abang..!"

-----

* 2 tahun di Kuantan, membuatkan kami, khususnya aku, melihat realiti sebenar kehidupan masyarakat yang bukan hanya miskin harta, bahkan miskin pengisian Islam dan Iman. Anak-anak kecil hidup dengan keserabutan keluarga dan keturunannya yang ibarat sinonim dengan ibu bapa yang cerai dan kahwin. Hm..

Alan, aku yakin. Yang hang maksudkan ialah Al-Qur'an BELUM yang nombor satu dihatimu. Doakan agar ianya kita semua berusaha untuk menomborsatukan Al-Qur'an. Bukan hanya pada membacanya, bahkan memahaminya sebagaimana ianya turun ke atas Ar-Rasul SAW. Kalau tidak semua, sebahagian pun jadilah,ye..

(Housemate @ "Hallmate" : Abang Alan, Abang Amin, Abang Syah, Abang Abe dan Abang Garang)

akim said...

mmg byk kenangan kat kuantan tu. Mengenal norma kehidupan masyarakat yg bukan semuanya bernasib baik spt kita. Se 'private2' kita pun, masih mampu makan sedap2 kat kedai LAYAR and Taj tiap2 hari. Adakah si kecil itu bisa merasa yg sedemikian?

Aku slalu buat2 tido bila boy datang jenguk kat tingkap, pangil 'abang!abang!', pastu siap buat shuffle..kdg2 tension gak.huhu..harap2 boy buleh didik alif gn baik bila besar nnti.

Posting ni bg aku yang TORBAIK!

Al-Bumbuni said...

Syukur dgn ketentuan Allah..Dia telah meletakkan kita di tempat yang demikian rupa untuk menguji kita.
Samada kita sanggup terima cabaran ataupun awal-awal dah angkat bendera putih.Jangan mudah terpedaya dengan mengatakan itu bukan tugas kita. Walhal itu la peluang kita, InsyaAllah moga dikurniakan ganjaran.

sekarang berbalik pada diri kita pula.bagaimana Al-Quran dengan kita?
Tiada alasan bro dgn suasana kita yang jauh beze dgn mereka.
Ayuh,Al-Quran sudah lama menunggu!

Hisham baik said...

post ni amat menarik...teringat ana time jaga kem tahfiz SRIH...huhuh..

~irfanmasiri~